Makhluk tuhan yang aku paling sayang


Salam

Test dah habis!!!tapi baru test 1, test 2 akan menyusul selepas mid semester break nanti. Tapi aku malas nak pikir, dah habis test 1 pun dah rasa macam dah habis final...hahahhahaha..

Semalam memang tak buat apa - apa. Lepas ja abis test terus balik tengok cerita korea and then tido..dalam dok pesah laptop aku ni, tiba-tiba lak terjumpa video kat bawah ni..



video


Video ni aku ambik time aku praktikal kat TNB time cuti semester lepas. Kesian kan kat anak kucing tuh. Anak kucing tuh jalan guna dua tangan depan dia ja, sebab 2 kaki belakang dia tak bley guna. Macam paralyze. Tapi nasib baik la ada sorang pak cik kat TNB ni sayang kat kucing, so dia bawak balik anak kucing ni dengan mak dia and adik beradik dia sekali..


**************************

Tak ramai orang yang suka kucing macam pak cik tuh. And aku tak rasa aku sayang kucing macam mana pak cik tuh sayang kucing. Kalau korang dengar cerita pak cik tuh, korang akan tau bertapa sayangnya dia kat makhluk tuhan yang comel ni.

Aku pun sayang kat kucing, tapi tak da la extreme sangat. Dari aku sekolah rendah, aku memang suka kucing. Tapi aku start bela kucing bila aku pindah mai Perlis. Mula - mula bela sekor, lama - lama jadi sampai 14 ekor. Banyak kan??

Bapak aku tak berapa suka kucing, and dia akan marah kalau aku bagi makan kat kucing2 yang datang kat rumah aku. tapi aku kesian sangat kat kucing yang lapar, so aku bagi gak. Dalam banyak2 kucing yang ada, ada beberapa ekor yang aku sayang.

1st sekali, kucing aku nama dia Boli..hahahha..mak aku yang bagi nama kat dia. Bulu dia kaler itam ngan putih.Kucing ni baik sangat. Tak pernah berak dalam rumah, so satu famili aku sayang kat dia. Tapi dia idop tak lama. Satu hari dia jatuh sakit. Perut dia jadi besar. Kitorang bawak pergi jumpa doktor, buat macam2. Tapi langdung tak berkesan. Samapai la dia langsung tak makan apa-apa.

Time tuh sedih sangat. Kitorang buat macam-macam nak bagi dia makan, tapi dia tetap xnak makan. Mak aku beli botol susu nak bagi dia minum, tapi Boli masih macam tuh. Time boli sakit, dia suka duduk dalam toilet. Tak tau knapa. Kucing kan takut ngan air, tapi boli tak kisah pun kena air. Langsung dia tak lari.

Sampai la satu malam ni, tuhan nak amik nyawa dia. Sedih sangat. Dia mati depan mata. Aku tengok sendiri macam mana tuhan tarik nyawa dia. Bayangkan, kucing yang xda dosa pun, peritnya nak mati, kita manusia ni, apakan lagi. Time tuh, sedih sangat. Ada cecair keluar dari hidung ngan mulut dia.Malam tuh, Boli mati. Abang aku buat kubur untuk Boli and kami tanam. Malam tuh aku menangis. Aku memang sayang Boli sangat2.

********************************

Ada pulak sekor kucing ni, tapi dia bukan kucing aku. Aku tak tau sapa owner dia. Kucing ni pun baik jugak. Kami panggil dia gemuk, sebab dia memang gemuk. Gemuk ni suka datang rumah aku mai makan, tapi dia tak pernah duduk kat rumah aku. selalunya kucing kalau kita dah bagi makan, dia akan stay kat umah, tapi gemuk ni beza gila.

Bila sampai waktu makan, dia akan datang umah aku untuk makan. Dia tak makan friskies, tapi dia suka makan nasik. Gemuk ni bangus, dia akan tunggu suma kucing2 aku makan and then baru dia makan. Baik kan?? disebabkan kucing kitorang banyak, kitorang kena bagi makan dalam talam. And kalao time gemuk datang, xda makanan dalam talam, dia akan tido dalam talam tuh sampai la orang bagi makan.

Bila kami dah pindah, gemuk kami xbawak sebab dia bukan kucing kami. Time tuh pun kucing aku dah tinggal berapa ekor ja. Banyak yang dah mati and ada gak yang lari.

*********************************

Aku memang suka orang yang suka kucing. Penah satu malam ni aku nak kluar pegi makan ngan kawan2 aku. On the way nak sampai kedai makan tuh, kitorang jumpa kucing kena langgar kat jalan raya dekat2 dengan trafiic light.Sedih sungguh time tuh tengok kucing tuh dok menggelupur.

Pada masa yang sama gak, trfaiic light kaler merah, so banyak kereta berhenti. Kemungkinan untuk kucing ni kena langgar sekali lagi agak tinggi. Namun ada sorang hamba Allah ni turun dari kereta dia, and angkat kucing tuh letak kat tepi jalan. Time tuh aku terus terpikir sapa la insan yang baik sangat tuh.

********************************

3 Fakta menarik tentang kucinng


1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.
2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.



Wasalam
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments:

Post a Comment

Followers