Sabah: Part 2 ( Kinabalu Park - Kundasang - Poring Hot Spring Ranau - Pekan Nabalu )

Assalamualaikum.

11 May 2013

So, second day kat KK kitorang decide nak pegi kundasang. Tapi before sampai Kundasang banyak jugak la pit stop dia. Alang2 dah nak pegi kundasang, korang bley pegi 2 tempat ni, Kinabalu Park, Pekan Nabalu and Poring Hot Spring Ranau.

Disebabkan persinggahan pertama kitorang adalah Kinabalu Park, kitorang kena keluar awal dari rumah. Pukul 7 kalau xsilap aku la. Kalo korang nak tengok puncak gunung kinabalu, korang mmg kena sampai awal dekat Kinabalu Park tuh, sebab kalau datang lewat, nanti dah tutup dengan kabus, so xdapat nak tengok sangat.

Kat Sabah 7 pagi dah macam kul 8 lebih okay. Jet lag kejap.

Tapi kadang2 kalau keluar awal pun, kalau xbernasib baik mmg xdapat tengok jugak. Time aku sampai kat situ mmg dah tutup dengan kabus, tapi still boleh nampak lagi la. Tak da la xnampak terus kan. Perjalanan dari bandar KK ke Kinabalu Park lebih kurang sejam lebih kot rasanya. So kitorang beli nasi lemak as bekal untuk makan kat Kinabalu Park.

Before sampai Kinabalu Park ni, kitorang stop kejap kat Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni mcm pitstop yang wajib la kalo nak pegi Kinabalu Park. Kat sini ada toilet, tempat makan and tempat jual souvenir. Tapi mostly ramai yang stop sini sebab nak pegi toilet. Sebab sepanjang perjalan ke pekan Nabalu ni mmg xda toilet ya.Pekan Nabalu ni xjauh dari Kinabalu Park, lebih kurang 12 KM ja. 

Parking space pun luas kat sini. So agak senang la. Kat sini pun korang bley tengok gunung Kinabalu tapi jauh la skit. Tapi pemandangan dekat sini mmg lawa la. So, rugi kalau xstop. Kitorang just stop utk ke toilet and beli air, souvenir kitorang beli time balik. Then teruskan perjalanan ke Kinabalu Park.

Pekan Nabalu

At Pekan Nabalu

At Pekan Nabalu

 So, nak masuk Kinabalu Park ni just kena bayar parking ja kalau xsalah aku la. Serius xamik tau langsung sebab bukan aku yang drive. Tapi tak mahal pun. For information, kalau korang nak daki gunung Kinabalu, sini la tempat permulaan before mendaki. And kalau nak mendaki, bukan bley walk in ja. Korang kena book sebab nak tempah penginapan dekat Laban Rata. And sangat2 limited. So, kalau plan korang nak mendaki, book awal2 okay. And of course duit sekali la kan. Harga untuk mendaki, depend la.. Ada yang murah and ada gak yang mahal.

Sampai ja kat Kinabalu Park ni kitorang pun drive ke view point untuk tgk puncak gunung Kinabalu. Utk yang tak bawak kereta, kat sini disediakan van, and ada tour. Since aku naik kereta, so aku xsure berapa harga utk tour tuh. Tapi jangan risau korang bley tanya kat situ.

Disebabkan aku xberapa nak bernasib baik, so xdapat la nak tgk dengan jelas puncak gunung Kinabalu tuh, since some of it dah ditutupi kabus. So, lepas tangkap2 gambar, kitorang pun turun balik and makan breakfast yang kitorang bawak. Makan kat tepi jalan ja, Ada macam pondok. Tapi best la sebab dalam hutan kan, sunyi ja.Sejuk plak tuh.


Gunung Kinabalu. Tapi dah tutup dengan kabus. 

Gunung Kinabalu

And for those yang nak bermalam kat sini pun bley. Diorang ada sediakan penginapan jugak. So rajin2 la bertanya or google dia punya rate okay. Tapi mostly aku nampak foreigner la yang banyak menyewa. Diorang ni kalo dah masuk hutan or nature mmg appreciate habis la. Every single thing diorang explore. Tapi tuh sebenarnya yang bagus. It makes us appreciate the small things in our life. 

Ada aku jumpa sorang mat salleh ni bawak DSLR untuk tangkap gambar burung. Mmg sabar gila la mat saleh ni. Kalo aku, xdanya nak tunggu lama2 kat situ. Hahahahah..nampa tak. tuh bezanya mat saleh and orang kita ni. Tapi bukan semua la okay.

Lepas dah habis round Kinabalu Park ni, kitorang pun bertolak la pegi Kundasang. Kundasang ni overall aku tgk mcm cameron highland ja sebenarnya. Cuma xmembangun sangat macam cameron highland. Pekan kecik ja. Ada jual banyak sayur, buah and bunga.

First place kitorang pegi, Desa Dairy Farm. Kalau datang kundasang, tempat ni mmg tourist attraction la kiranya. sebab kat sini diorang bela lembu yang kita bley tengok dalam ikan dalam tv. Lembu new zealand tuh. View dia pun dah tak macam kat Malaysia, dah macam kat oversea. Enterance fee dia RM 2 per person.

Korang gak bley bagi makan and susu kat anak2 kambing and lembu. Tapi berbayar la. Tapi best jugak la. At least dapat experience. Jangan risau, kandang diorang sangat bersih. And dari apa yang aku baca, kalo korang datang the right time boleh tengok proses pemerahan susu ( bm fail!).

Korang jugak boleh beli susu and ais krim. Semuanya fresh ok. tapi memandangkan aku bukan la penggemar susu, so mmg aku xbeli la. Just tangkap2 gambar ja.










Lepas dah habis lepak2 kat Desa Dairy Farm tuh, kitorang bertolak pegi pekan kundasang. Pekan kundasang ni xda apa sangat. Tapi kalo mak2 yang pegi, mesti rambang mata. Mau taknya. Sayur2 kat sini semua fresh and elok2. Aku pun sempat beli strawberi satu paket.

Pekan kundasang

Pekan Kundasang
Dah habis membeli kitorang bertolak balik and singgah di Ranau. Kat ranau ni ada hotspring. Dulu time aku kecik penah datang tapi xingat langsung macam mana.

Memandangkan kitorang xnak mandi kat situ, so kitorang just pegi tgk butterfly farm. Time tuh weekend, so orang mmg ramai sangat. Butterfly farm tuh nak masuk kena bayar, RM 3. Tapi kitorang xmasuk pun, sebab nampa macam xbest.hahahha

Kitorang decide nak pegi naik canopy walk. Mula2 kitorang just ingat sampai2 kat kaunter boleh terus naik canopy walk tuh, rupanya2 kena mendaki. Attire time tuh mmg xsesuai langsung. Dengan pakai jeans, sandal and blouse. And untuk naik ke canopy walk tuh kena hiking around 500 m kalau xsalah aku. Serius penat gila!! Nak masuk situ kena bayar RM 3 and kalau bawak kamera kena tambah lagi duit.

Tapi even penat, berbaloi juga la naik. Sebab dari atas kita boleh nampak view yang cantik. Tapi time kitorang datang, canopy yang paling tinggi tutup for renovation, so kitorang naik yang tak berapa tinggi sangat pun. Overall mmg best. Nak turun pulak, distance dia sama dengan distance time naik, cuma jalan lain. So, kalo nak datang sini, mmg highly suggest naik canopy walk, tapi make sure pakai suitable attire and of course sport shoes and bawak air. Sangat penat ok.














Then dah letih mendaki, kitorang teruskan perjalanan balik ke KK. On the way nak balik KK, diorang ni tanya la nak pegi 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti tak. Plan asal mmg nak pegi, tapi time tuh hujan, and nak cari Kampung Luanti tuh pun susah, since xda sign board. Tapi akhirnya kami sampai jugak kat situ. Tapi memandangkan baru lepas hujan air sungai sangat kuat, so kami decide untuk xpegi masuk.

Kampung Luanti ni terkenal dengan fish spa. Ikan dia bukan kecik2 macam kat spa yang kita bley jumpa kat sini. Tapi besar okay. Tagal tuh membawa maksud tidak dibenarkan memancing. And tujuan utama tagal ni adalah untuk memelihara alam sekitar and ekosistem untuk next generation. Entrance fee untuk masuk sini korang boleh tengok kat sini Tagal sungai Moroli Kampung Luanti.

Gambar dari en google

So kitorang pun teruskan perjalanan untuk balik.Time tuh semua dah letih sangat2. tapi kitorang sempat berenti kat Pekan Nabalu. And kat sini kitorang beli souvenir. Kat sini jugak banyak handcraft. For those yang suka benda2 handcraft ni mmg rambang mata macam aku. Serius, aku mmg suka benda2 handcraft ni sebab dia lain dari yang lain.Since banyak sangat pilihan, aku just end up beli keychain, fridge magnet and tshirt.


Rambang mata okay!!



Memandangkan trip ni dah lama, aku pun tak ingat kat mana kitorang lunch. hahahahhaha...balik2 rumah mmg semua dah penat sangat. So sampai rumah xda buat aktiviti sangat just rehat, mandi, solat. Malam tuh ja kitorang keluar dinner kat old town. By the way service dia sangat slow walaupun time tuh xda orang. Tapi dessert dia sangat sedap okay. Old town coffee lava. Highly recommended!! Tak sempat nak tangkap gambar sebab sedap sangat.hehehhe..

Macam biasa dari en google

Bersambung...






No comments:

Post a Comment

Followers