Kuching: Part 1 (Kuching - Bako National Park)


Assalamualaikum.

Sebenarnya trip nak pegi Kuching ni dah dirancang lama, and tiket pun beli awal2 around bulan 3 or 4. Trip ni mmg sekejap ja, 2 hari 2 malam dari 27 September sampai 29 September 2013. Macam biasa, aku pergi sekali dengan Afiq and Nad.

Tiket macam biasa beli time Air Asia buat promo yang tak berapa nak murah tuh. Sepatutnya flight aku pukul 8 lebih tapi last2 minit Air Asia call and cakap flight aku cancel. Mmg gelabah la. Terpaksa la aku tukar time dari pukul 8 ke pukul 10 malam. Sampai Kuching dah next day sebab aku sampai pukul 12.30 pagi.

27 & 28 September 2013 ( Jumaat & Sabtu )



So aku bertolak dari KL pada pukul 10.45 malam menaiki penerbangan Air Asia and touch down dekat Kuching International Airport pukul 12.30 pagi keesokan harinya. Time aku sampai, Nad and Afiq dah tunggu kat luar airport menaiki kereta kancil yang telah disewa sebelum sampai kesini lagi. Bayaran untuk kereta sewa kancil auto untuk 3 hari, RM 160.

Afiq and Nad sebenarnya dah sampai awal dari aku, tapi memandangkan diorang ni xjumpa hotel yang nak tido malam tuh, diorang decide untuk tunggu sampai aku sampai. Kitorang sebenarnya dah booking hotel tuh awal2 lagi and bajet2 boleh la cari sendiri. Malangnya pencarian menggunakan waze, google maps and papago membawa kami ke kawasan yang dipenuhi dengan pub dan pusat karaoke. Time ni Afiq dah mula start mengamuk.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk call hotel tersebut. Setelah mendapat direction dari owner hotel tuh, kitorang pun try sekali lagi. Ternyata pencarian kali kedua juga sia-sia. Jam pada waktu tuh dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Sekali lagi kami menelefon hotel tersebut, dan meminta landmark yang terdekat dengan hotel tersebut. Mengikut penerangan owner hotel tuh, just cari saja pizza hut.

Malang sekali lagi, kami xjumpa pizza hut, tapi cuba sekali lagi round-round bandar kuching memikirkan kemungkinan kami terlepas pandang. Sangkaan kami tepat. Disebabkan kitorang sampai dah lewat pagi, confirm2 la pizza hut tak bukak so, lampu pun tutup. Itulah yang menyebabkan kami tak perasan langsung ada pizza hut sedangkan dah banyak kali kami round2 tempat yang sama.

Once pizza hut dah jumpa, perjalanan mencari hotel pun kembali tenang dan tiba di hotel dah nak dekat pukul 2 pagi. Dari luaran hotel tersebut, nampak okay la. Tapi ternyata, nasib malang terus menyelubungi kami. Hotel tersebut berada di aras 3 dimana dibawahnya adalah sebuah pusat karaoke yang kononnya beroperasi sehingga 2 pagi. By the way, hotel yang aku maksudkan adalah Woodpecker Lodge. 

Sampai saja dihotel kitorang terus check in dan masuk kebilik yang berada di tingkat empat. Bayaran untuk 2 malam cuma RM 160. Bilik yang kami book ni mempunyai 1 katil queen, and 1 katil single. Tuala disediakan dan iron boleh mintak dekat receptionist. Berpatutan dengan harga yang kami bayar, bilik hotel ni memang xda besar mana. Dah nama pun hotel budget.

Disebabkan terlampau letih, Afiq dan Nad terus tido. Masalah utama aku bila pegi travel, adalah tido. Once berubah tempat tido masa yang diambil untuk tido pun berubah. Ditambah pula dengan bunyi bising dari pusat karaoke dibawah hotel, menyebabkan aku sukar untuk tido. Kebisingan pusat karaoke tu sampai tahap aku boleh dengar setiap lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi2 yang tak sedar diri waktu dah pagi but still melalak. Lebih kurang pukul 3-4 pagi barulah aku boleh tido sebab bunyi bising dah berkurangan . maybe dah nak tutup agaknya. Tapi still tido2 ayam.

So, aku memang tak rekemen hotel ni memandangkan kes pusat karaoke tersebut. Overall hotel memang berpatutan untuk tight budget, tapi in terms of location totally no.

Dalam pukul 5 lebih aku dah bangun mandi dan solat memandangkan pagi ni kami nak pegi melawat Taman Negara Bako. Sebelum bertolak ke Jeti Bako, kitorang mengambil keputusan untuk bersarapan di kedai2 yang terdapat di sekitar bandar kuching. Sarapan kitorang hanyalah roti kosong yang agak mahal jugak harganya tapi sangat sedap. Mesti korang pikir, ala roti kosong pun sedap sangat ka? Roti kosong ni dibuat oleh orang Melayu, berbanding roti kosong yang selalu kita makan kat kedai mamak yang dibuat oleh bangla/india maybe. But seriously sedap. Macam biasa nama kedai tak sempat nak tengok. Kat sini jugak kitorang beli air kosong untuk bekalan nak hiking kejap lagi.

Setelah puas melantak kitorang pun meneruskan perjalanan ke Jeti Kampung Bako yang memakan masa lebih kurang 30 minit menurut google maps tapi realitinya cuma lebih kurang 15 minit. Mungkin sebab Afiq yang drive.hahahhaa.. Sampai saja di jeti tersebut kami disambut oleh orang-orang kampung yang melepak di jeti dan juga sepasang couple cina yang pada permulaannya aku ingatkan gay.








Kami pun pegi ke kaunter untuk membuat bayaran dan tiba-tiba salah seorang mamat cina ni menegur Afiq. Memandangkan aku xamik port time tuh, so aku xpasti apa yang dibualkan oleh Afiq dan mamat cina tersebut. Untuk ke Taman Negara Bako ada dua bayaran yang dikenakan iaitu entrance fees yang cuma RM10/person dan bayaran untuk sewa bot ke Taman Negara Bako yang berharga RM 94/boat. Setiap boat hanya boleh memuatkan 5 orang pada satu2 masa. Time tuh barulah aku tau kenapa mamat cina tersebut menegur Afiq kerana diorang nak berkongsi bot memandangkan mereka cuma 2 orang. 

Setelah siap membuat pembayaran, kitorang termasuk couple cina tadi bertolak ke Taman Negara Bako. Perjalanan ke Taman Negara Bako cuma mengambil masa 20-30 minit. Sepanjang perjalanan tiada apa2 yang menarik melainkan rumah-rumah kampung yang terdapat di sekitar jeti. Peluang untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan tidak dilepaskan. Pada masa yang sama aku memerhatikan couple cina yang yang berada dihadapan kami. Salah seorang dari mereka begitu khusyuk mengambil gambar pemandangan sementara seorang lagi hanyak duduk memegang kasut sport yang dibungkus dalam plastik bag. 




















Mamat cina yang khusyuk mengambil gambar tuh pun tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama pasangannya didalam bot tersebut. Pada masa tuh aku dah start pikir diorang ni gay.

Setelah hampir setengah jam kami pun tiba di jeti Taman Negara Bako dan disambut dengan pemandangan hutan paya bakau yang sangat cantik. Buat yang tak tahu, Taman Negara Bako ni merupakan taman negara yang tertua kat Sarawak ni dengan keluasan 27.27 km persegi dan merupakan taman negara terkecil di asia tenggara. Untuk maklumat lanjut pasal Taman Negara Bako ni korang boleh tengok sini. Setelah menetapkan masa untuk bot tersebut mengambil kami semual di Taman Bako tersebut kami pun start la mengambil gambar di jeti tersebut termasuklah couple cina tersebut.







Sebelum meneruskan perjalanan, kami ke main office untuk register. Ini merupakan benda wajib before pegi trekking dekat Taman Negara Bako. Sepanjang perjalanan ke main office aku pun cakap la dengan Afiq dan Nad sama ada diorang perasan couple cina tersebut. Ternyata anggapan aku mengatakan mereka gay cumalah aggapan semata-mata apabila Afiq dengan selambanya cakap salah seorang cina tersebut adalah perempuan. Setelah dipikir2kan ternyata memang perempuan, cuma potongan rambutnya yang pendek membuatkan aku rasa dia tuh lelaki. hahahahha...Sepanjang perjalanan ke main office ni jugak kitorang terjumpa dengan babi hutan bersama anaknya. Tapi jangan risau, diorang tak kacau.









Setelah selesai register kitorang pun meneruskan perjalan untuk hiking ke view point. Terdapat banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke atas and ada banyak view point. Tapi view point yang paling cantik kat Teluk Pandan Kecil yang mana kat sini korang boleh tgk sea stack and Teluk Paku( xsalah aku sini pemandangan dia memang cantik). Memandangkan kitorang tersalah dengar or maybe akak kat main office tuh yang salah bagitau, kitorang memilih untuk ke Teluk Pandan Besar yang jaraknya 1.9 km memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. 

Kalau korang bernasib baik, korang jugak boleh jumpa dengan probosic monkey yang hidung besar tuh. So perjalanan ke Teluk Pandan Besar ternyata sangat memenatkan even pendakian takla terlalu curam cuma jarak yang terlalu jauh. Sebab utama kitorang tak pegi Teluk Paku kerana pendakiannya yang curam menurut kata akak dekat main office walaupun jaraknya tak sampai 1 km. 

Even perjalanan jauh, tapi pemandang sepanjang perjalanan tidak mengecewakan. Sebabnya, korang akan jumpa hutan pada permulaan and then padang scrub yang bagi pandangan aku sangat cantik. Korang jugak ada pilihan sama ada nak upah tour guide or tak, tapi kitorang mmg on our own. Tapi untungnya ada tour guide korang xkan sesat and diorang akan explain benda2 yang ada kat dalam hutan tuh. Mostly aku tgk, foreigner banyak ambik tour guide. Sebab diorang ni memang macam menghargai la hutan sebab tempat diorang kan xda hutan hujan tropica ni.

Memandangkan kitorang memang xda masa banyak, nak berenti teliti satu2 pun xsempat, sebab dalam otak just nak sampai view point tuh ja. Sepanjang perjalanan jugak korang akan jumpa periuk kera. Bersepah. And since kami xda tour guide, perjalanan kami hanyalah berpandukan peta and guide yang ada diletakkan kat pokok2 sepanjang perjalanan. 












Padang Scrub 









Even ada guide, dekat satu check point ni tetiba kitorang confuse xtau nak ikot jalan mana. Hampir sesat sekejap. Disebabkan kitorang tak nak ambil risiko, kitorang patah balik dan kami bernasib baik sebab jumpa one group ni. And kitorang pun tanya la jalan yang betul. 

Akhirnya lebih kurang 1 setengah jam kami pun sampai kat Teluk Pandan Besar. Even pemandangan dekat sini xsecantik kat Teluk Paku, still kami berpuas hati. Selepas dah tangkap2 gambar kat situ, barulah kami perasan tak da orang lain yang datang situ kecuali kami. Hahaha.. sedih jugak la time tuh, tapi memandangkan masa yang sangat limited kami tak teruskan perjalanan ke Teluk Pandan Kecil tapi terus turun kebawah sebab kami dah janji nak balik pukul 1.








Dalam perjalanan turun tuh, tetiba kasut Nad pulak tercabut tapak..Kesian jugak la sebab susah nak berjalan. Macam orang cakap la, trust me I'm an engineer aku pun mula modified kasut nad since tapak dia masih melekat skit lagi kat bahagian hujung. So aku just ikat dengan tali kasut and yes I did it. 

Sampai ja kat bawah, memang dah letih sangat so kitorang decide untuk makan tengah hari. Kat sini cuma ada satu ja kedai makan bersebelahan dengan main office. So far harga dia okay tapi bab sedap tak sedap belakang kira since dah lapar. 







Lebih kurang pukul 1 macam tuh, abang yang hantar kami tadi dah tunggu kat persisiran pantai. Nak tak nak kena buka kasut, sebab nak masuk dalam air. Sebelum bertolak pulang, kami mintak abang tuh bawak kami ke sea stack. Sea stack ni boleh dikatakan main attraction jugak la. Dalam perjalanan balik, aku sempat snap gambar gunung santubong yang memang boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Taman Negara Bako ke Jeti Kampung Bako.













Lebih kurang pukul 1.30 ptg kitorang tiba di Jeti Kampung Bako and terus balik ke hotel untuk berehat sebab petang tuh kitorang dah book untuk naik river cruise. Yang tuh next entry.

Bye.


No comments:

Post a Comment

Followers