Kuching Part 2 : Sarawak River Cruise

Assalamualaikum.

Sambungan dari part 1..

28 September 2013 (Sabtu)

Masih hari yang sama. Setelah sampai di hotel, kami bercadang untuk berehat seketika memandangkan Sarawak River Cruise hanya mula beroperasi pada pukul 5.30 petang. Memandangkan semalam kami xcukup tidur, peluang yang ada digunakan untuk melelapkan mata. Around pukul 3 ptg kami bersiap-siap untuk ke bandar Kuching. Memandangkan main purpose kami pada petang itu adalah untuk menaiki Sarawak River Cruise.

Semasa dalam perjalan meronda bandar Kuching kami membuat keputusan untuk melawat Muzium Sarawak yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Disebabkan kami tidak melakukan research sebelum pergi, maka kami tidak mengetahui masa operasi muzium tersebut. 

Setelah sampai di Muzium kami dapat melihat ramai orang dan kana-kanak berkumpul di luar muzium. Tanpa rasa sangsi, dengan confidentnya kami terus menuju ke muzium untuk masuk. Setelah berada di dalam muzium kedengan bunyi loceng yang tidak henti-henti dan orang berpusu-pusu di pintu masuk utama muzium tersebut. Time tuh aku dah rasa pelik. Setelah meneliti notis yang diletakkan berdekatan pintu, ternyatalah muzium sudah tamat operasinya pada hari tersebut. Dengan frustnya kami terus menuju keluar dan hanya bergambar di sekitar muzium tersebut. Make sure kalau korang nak pegi buat research dulu, kalau tak rugi ja.








Setelah frust xdapat nak masuk muzium, kami pun terus ke river waterfront untuk menaiki Sarawak River Cruise. River waterfront terletak bedekatan dengan hotel yang kami menginap. And sepanjang river waterfront terdapat banyak kedai-kedai cenderahati dan harganya standard. Kedai makan juga tersedia sepanjang jalan.

Memandangkan kami tiba awal, so river cruise masih belum beroperasi. River cruise ni kami dah book awal-awal before datang ke Kuching. Kalau korang nak beli direct di jeti pun boleh. Harga sebenar river crusie tuh RM 60, tapi memandangkan aku terjumpa offer dekat groupon aku pun terus beli. So, kami dapat half of the price. RM 35 kalau xsalah aku.

Time tengah menunggu tuh sempat la kami tangkap gambar di sekitar river from tuh. Time tengah tunggu tuh jugak la tiba2 hujan turun. Mula2 rintik2 sampai time kami nak naik, hujan turun dengan lebatnya. Time tuh dah frust since kalau hujan memang xdapat tengok sunset. Tapi at least kami xbayar RM 60. hahaha.

Sarawa river cruise ni mengambil masa 1 jam 50 minit. Kita akan di bawa pusing sepanjang sungai tuh yang xberapa nak panjang dan aan dihidangkan dengan segelas air oren dan sepiring kek lapis. River cruise ni ada 2 tingkat, kalau tingkat bawah tertutup, and kalau hujan pun xkan kena tempias. Manakala di bahagian atas adalah open air. Kitorang duduk di tingkat atas sebab pemandangan di tingkat atas lagi menarik berbanding di tingkat bawah. Namun disebabkan hujan lebat, air hujan memang tempias la kan.

Tapi kami bernasib baik, sebab lepas sejam macam tuh hujan mula berhenti dan kami berpeluang untuk melihat sunset. Serius rasa puas hati sangat. Tambahan pula tiket yang kami beli lebig murah dari harga asal.








Lebih kurang pukul 7 ptg, sarawak river cruise mula menamatkan operasinya. Untuk makan malm pada malam tersebut kami bercadang untuk makan di hotspot (xingat) dekat bandar kuching. Ramai yang suggest makan at tempat ni. Specialty dia adalah seafood. Namun malang sekali lagi apabila sampai disitu, orang memang ramai sangat2 sampai kena tunggu turn untuk dapat meja.

Memandangkan kami semua dah letih dan lapar, kami mengambil keputusan untuk makan di food court di seberang river front tersebut. Setelah selesai makan malam, kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di sekitar river front dan membeli sedikit cendera hati.

Since xda benda nak buat dah lepas tuh, kami terus pulang ke hotel sebab esoknya kami akan ke Sarawak Culture Village


Bersambung...




2 comments:

  1. Salam....hi...lama x singgah cnie....wah...bestnya jalan2... dinaz bila la dapat nak berjalan mcm nie kn???

    ReplyDelete

Followers