Sabah Road Trip : Day 1 ( Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Semporna )

Assalamualaikum

Okay sebenarnya aku memang nak buat entry pasal trip aku pi Beaufort dan Kudat. Tapi memandangkan aku baru ja balik dari trip 6 hari ke Sabah, so aku decide nak buat entry ni la dulu. Lagipun tengah fresh kan. Hehehe..

So, sebenarnya ni kali ke-3 aku ke Sabah. 2nd time aku pegi Beaufort and Kudat, tapi yang tuh nanti aku buat entry lain. Sebenarnya teringin sangat nak pergi Mabul and Bohey Dulang. Tapi bajet nak pegi 2 tempat ni agak tinggi jugak. So trip ni di rancang oleh kembar aku, Afiq. Instead naik flight direct to Tawau, kitorang plan untuk buat road trip. Yep bunyi macam adventurous gila kan. Tapi memang adventure sangat-sangat kot. hahahhaha.

Plan kitorang ambik flight direct ke KK then drive ke Semporna. Then patah balik ke KK tapi on the way balik singgah Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau. Overall trip aku boleh kata maximum RM1000.00 tapi berbaloi jugak sebab dapat pegi banyak tempat.

Instead naik Air Asia, kali ni aku decide naik Malindo Air sebab lagi murah compare to Air Asia. Return flight KL-KK-KL cuma RM 173.00.

Malindo Air Return Flight

Kitorang pegi on 11/3/2014 and balik on 16/3/2014. Perancangan awal kitorang semua akan jumpa di KK on 11/3 tuh. Aku dari KL, Afiq straight dari Bintulu and Nad drive dari Kudat ke KK. Memandangkan tiket flight aku untuk ke KK tuh awal pagi, so sehari sebelum tuh aku tido kat rumah kawan aku di Putrajaya sebab aku nak catch up the first train to KLIA.

11/3/2014 (Selasa)

Perjalanan aku bermula pada pukul 4.30 pagi kalau tak salah aku dari Putrajaya sebab first train ke KLIA pukul 4.50 pagi. Aku pegi awal sebab nak check in bag since Malindo Air bagi 15 kg free. Rugi ja kalau tak guna. So after check in aku pun pegi melepak kat surau KLIA. And for your information,that was the first time aku naik kat KLIA. Sebelum ni just naik kat LCCT ja. So, nak cari surau pun agak lama sebab sesat kejap. 

So, sementara menunggu waktu Subuh, aku pun melepak la kat surau KLIA tuh. Aku ingatkan aku sorang ja la dalam surau tuh,rupanya ada orang lain jugak yang turut melepak sekali. Sempat jugak aku berbual-bual dengan makcik - makcik yang ada dalam surau tuh. Salah seorangnya dari Jakarta.

Diorang ni nak pegi umrah tapi dah 13 hari stranded kat KL ni. So hari tuh barulah diorang nak fly ke sana. Kesian jugak la. Tapi tuh semua ujian, pasti ada hikmah di sebaliknya. So, dah xda modal nak bercakap aku just duduk-duduk ja and tunggu azan Subuh. Selesai solat Subuh aku terus direct ke departure hall. Mula-mula aku bajet gate dia dekat ja la sekali jauh gila. Nasib baik jugak aku masuk awal.

Kalau ikot schedule, flight aku sepatutnya take off pukul 7.45 tapi memandangakan ada masalah skit, so pukul 7.50 pagi macam tuh baru take off. So far Malindo air bagus jugak la. Korang bley pilih seat and tak dikenakan sebarang charge. Selain tuh korang jugak akan dapat makanan ringan. Okay la tuh dari xda apa-apa langsung kan. And korang jugak bley tgk movie dalam flight, but make sure korang bawak earphone okay. Nak beli kat dalam flight pun boleh.

KLIA



Kota Kinabalu Airport

So around pukul 10.35 aku sampai KK. That was the first time aku naik flight with smooth landing. Good job captain! So lepas ambik bag semua, aku keluar dari arrival hall and time tuh Afiq and Nad dah sampai. So kitorang straight dari airport menuju ke Semporna dalam pukul 11.00 pagi. Sebelum tuh kitorang berhenti kat petrol station untuk isi minyak and pam tayar. Perjalanan ke Semporna lebih kurang 526 km memakan masa lebih kurang 9 jam. 

Keadaan kereta before sampai Semporna

1st driver

2nd driver

Lepas dah selesai isi minyak kitorang meneruskan perjalanan ke Semporna. Kitorang decide untuk berhenti di Ranau untuk solat Zohor dan Asar. Perjalanan dari KK ke Ranau di pandu oleh Nad. Around pukul 1.20 tengah hari kitorang stop kat petrol station kat Ranau untuk solat zohor dan asar. Memandangkan aku tak makan apa-apa dari pagi tadi lagi, so aku decide untuk beli burger kat petrol station tuh. Harga dia standard RM 5.00.

Selepas selesai solat semua, kitorang meneruskan perjalanan ke Semporna and decide untuk berhenti kat Beluran atau Telupid untuk isi minyak. Kali ni Afiq yang drive. Tapi malangnya sepanjang perjalanan tuh kami tak jumpa langsung petrol station kecuali Sabah oil. Memandangkan minyak masih cukup, kami teruskan jugak perjalanan sampai la dekat nak masuk Sandakan kitorang jumpa Shell. So, kitorang stop kejap kat situ untuk isi minyak.

Permandangan kat petrol station

Sungai Kinabatangan

Selesai mengisi minyak kami meneruskan perjalanan ke Semporna semula. Lebih kurang 6 petang kitorang sampai di Lahad Datu. Time tuh dah gelap. Sebenarnya kami agak risau jugak sebab nak kena drive malam kat Lahad Datu plak tuh. Perjalanan dari Lahad Datu ke Semporna sememangnya mencabar. Dengan ketiadaan lampu jalan dan jalan yang tak berapa elok serta berpusing-pusing menyukarkan lagi perjalanan kami.

Paling takut bila ada one time kitorang hampir-hampir accident. Alhamdulillah nothing happens. So lepas tuh kitorang lebih berhati-hati. Dalam perjalanan ke Semporna ni jugak kami follow satu bas ni untuk memudahkan kami and bas ni pun xda la slow sangat. 

Sampai ja di Kunak, Nad call kawan dia sebab nak tanya jalan lebih dekat untuk ke Semporna. Ada 2 option korang boleh pilih. Satu jalan korang jumpa Semporna dulu and satu lagi jalan korang jumpa Tawau dulu. Kalau jumpa Tawau dulu memang lama la jawabnya so kitorang decide ikot satu lagi jalan. Tapi jalan ni agak bahaya bak kata kawan Nad since tak ramai orang lalu. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tak da apa-apa yang berlaku and kitoang selamat sampai kat Semporna lebih kurang pukul 8 malam.

Bila sampai ja di Semporna memang rasa lega sangat sebab 9 jam perjalanan memang meletihkan even aku tak drive langsung. So, memandangkan Afiq and Nad ada kawan (Zaidah) kat Semporna, kitorang decide untuk mintak suggestion kat dia untuk makan malam pada hari tersebut. Lepas dah ambik Zaidah kat rumah dia kitorang straight pergi makan malam. Menu malam tuh adalah seafood. Kitorang makan tomyam, ikan pari bakar, midin, and sotong goreng tepung. Apa yang specialnya kat sini, tomyam yang kitorang makan tuh dihidangkan dalam buah kelapa. Serius sedap. Kena try kalau datang Semporna. Overall makan malam untuk 4 orang RM 88.00. Agak murah jugak la.

Keadaan kereta Nad selepas 9 jam perjalanan dari KK ke Semporna

Tomyam dalam buah kelapa

Midin

Ikan Pari bakar
After dah kenyang kitorang hantar Zaidah balik and terus straight ke hotel. Since tight budget, kitorang just duduk dekat hotel bajet ja. Hotel yang kitorang book ni memang dalam pekan Semporna, Mabul Inn. Rate untuk 2 malam untuk 3 orang without breakfast cuma RM 160. So far hotel tuh okay lay since ada 3 bed, aircond and heater. Cuma kurangnya asyik blackout and tekanan air tak bagus sangat. Tapi bagi kitorang setakat boleh tidur sudah. 

Mabul Inn Semporna

Memandangkan dah lewat malam, kitorang terus solat maghrib and isyak and terus tidur sebab esok nak pergi hiking and snorkeling. 


Bersambung... 

2 comments:

  1. Waaa... Mesti seronokan drive 9 jam ke semporna dari KK.. tukar2 drive pulak.. tapi tgk korang makan makanan yang sedap tu bila sampai samporna mesti hilang penat huhuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak, tapi at the same time penat jugak la. hehehhe

      Delete

Followers