Sabah Road Trip :Day 3 (Kunak - Lahad Datu - Tower of Heaven)

Assalamualaikum

Last entry tuh ada sedikit kesilapan. Malam tuh kitorang pegi dinner sebenarnya, tapi Zaidah yang bawak. Aku pun dah tak ingat nama kedai tuh. Tapi not bad la, sebab tepi laut. Kitorang just makan benda simple ja since dah kenyang. 

13/3/2014 (Khamis)

Untuk hari ke tiga kitorang bangun awal sebab nak ke Lahad Datu dengan aim nak sampai sebelum gelap. Lepas check out dari hotel, kitorang terus straight pegi sarapan kat tempat semalam since makanan dia pun not bad. Sarapan pagi tuh cuma RM 4. Apa yang aku perasan pasal makanan kat Semporna ni, even kadang-kadang rasa macam mahal gila, tapi at the same time berbaloi (kalau sedap la). Sebab kalau korang order makanan, diorang punya serving tuh macam untuk 2 orang makan. Memang tak penah habis, sebab banyak betul. Kalau lelaki maybe boleh habiskan, tapi aku memang tak mampu.

Mabul Inn
So after dah sarapan lebih kurang pukul 8.30 pagi kitorang meneruskan perjalanan ke Lahad Datu. Jarak perjalanan lebih kurang 127 km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Since Nad and Afiq ada kawan kat Kunak, so dalam perjalanan kitorang decide untuk berhenti kat Kunak kejap. Kunak ni pekan kecik ja yang terletak kat tengah-tengah antara Semporna dan Lahad Datu. Jarak perjalanan dari Semporna ke Kunak lebih kurang 70 km, memakan masa lebih kurang 1 jam.

Perjalanan ke lahad datu memang sangat best. Jalan lengang and permandangan sangat cantik dikelilingi ladang kelapa sawit yang sangat luas. Since hari pertama kitorang lalu jalan ni time malam, memang tak nampak la kan. Perjalanan ke Kunak dipandu oleh Nad. Kitorang selamat tiba di Hospital Kunak lebih kurang pukul 9.30 pagi.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Kunak

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Kunak

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Kunak

Pemandangan sekitar Hospital Kunak
Mesti korang pelik kan? Sebenarnya kawan Afiq ngan Nad ni (Madah) doktor gigi macam diorang jugak. Memandangkan hari tu hari bekerja, so kitorang terpaksa jumpa dekat hospital. So far Hospital Kunak agak membangun. Bangunan pun cantik and tak da la daif sangat. Lepas dah jumpa apa semua, lebih kurang pukul 10.10 pagi kitorang meneruskan perjalanan ke Lahad Datu dan selamat tiba di Lahad Datu lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Dekat lahad datu ni kitorang bermalam di Silam Dynasty Hotel. Charge 1 malam untuk 3 single bed cuma RM 180 termasuk breakfast. So far hotel kat Lahad Datu ni memang terbaik. Puas hati jugak la. Since kitorang memang tak da any plan kat Lahad Datu kitorang just berehat kat hotel. Tapi kalau korang ada duit lebih, korang boleh pegi Lembah Danum atau Tabin Wildlife. Aku sebenarnya memang nak pegi 2 tempat ni, tapi menurut info yang aku dapat, korang kena bermalam kat sana. Charge dia agak mahal, RM 1k ++. Tapi kalau ada duit lebih memang aku suggest korang pegi, sebab aku pun nak pegi one day.hehehhee

Sekitar pekan Lahad Datu

Silam Dynasty Hotel

Sekitar pekan Lahad Datu

Pekan Lahad Datu
After solat Zohor and Asar, kitorang pun bercadang untuk lunch. Memandangkan kitorang tak sure apa yang patot kitorang makan for lunch, kitorang just makan kat hotel ja. Makanan kat hotel biasa ja. Tak da sedap mana. So untuk lunch, aku kena charge RM 15.20 untuk mee goreng mamak dan jus apple. Time lunch kat hotel ni, aku ada perasan ada budak-budak kecik kat luar hotel yang merayau tanpa pakai selipar. Rasa macam pelik gila, sebab dalam pekan kot. Tapi tak berselipar. Bukan takat tak pakai selipar, even nak lintas jalan pun memang tak tengok kiri kanan, pakai lintas ja. Tapi aku just biarkan kecurigaan aku berlalu macam tuh ja. Maybe lifestyle diorang macam tuh. Disebabkan dah terlampau bosan sangat, kitorang bercadang untuk pegi menara kayangan ( Tower of Heaven ). 

Tower of heaven ni tak jauh mana pun dari hotel yang kitorang duduk. Kitorang bertolak dari hotel pukul 2.45 petang and sampai dekat tower of heaven lebih kurang pukul 3.00 petang. Tiket masuk ke tower of heaven ni cuma RM 2.00 sebab tower dia tutup. Harga sebenar kalau tak salah aku RM 5. Nak ke tower of heaven atau look out point dari pintu masuk agak jauh. Kena naik kereta.

Tapi perjalanan untuk ke look out point tak mengecewakan. Pemandangan memang cantik. Sampai ja kat look out point, tiba-tiba hujan. So, kitorang tak duduk lama since the main tower pun tutup kan. Cuma sempat la jugak snap beberapa keping gambar. Selesai snap gambar, kitorang pun turun and time tuh hujan dah lebat, nak tangkap gambar kat main entrance pun dah tak boleh. So kitorang direct pegi pean lahad datu balik. Since Lahad Datu ni tak da apa-apa yang menarik, kitorang just jalan-jalan sekitar pekan and balik ke hotel untuk berehat.

Pemandangan sekitar Tower of Heaven

Pemandangan dari Tower of Heaven

Tower of Heaven
Untuk dinner di Lahad Datu, senior Nad and Afiq (Kak Chik) bawak kitorang pegi makan kat satu kedai makan di Lahad Datu. Kedai dia not bad, and makanan pun sedap. Tapi memandangkan aku tak da selera nak makan, aku just order sup ayam. Not bad la sup ayam dia. Lama jugak kitorang melepak kat kedai tuh. Tak lama lepas tuh, senior Afiq (Kak Flo) pulak datang. Memang bertambah lama kami melepak kat kedai tuh. So, dikesempatan tuh aku pun tanya la Kak Chik pasal budak-budak yang tak pakai kasut tuh.

Rupa-rupanya diorang ni bajau laut. Diorang naik ke darat sebab nak beli keperluan harian diorang and at the same time diorang ni mintak duit kat orang-orang sekeliling. Tapi diorang ni tak boleh bercakap bahasa melayu, so ada language barrier kat situ. Even diorang ni orang local (warganegara), mostly tak ada kad pengenalan. So once diorang masuk hospital or klinik, they will charge them sebagai bukan warganegara, which mean lebih mahal. Memandangkan diorang ni tak berduit, so mostly diorang akan lari atau dengan kata lain, tak bayar hospital fees. Kesian pun ada jugak, tapi dah diorang pilih untuk hidup macam tuh, so we don't have the right to say anything. Tapi bab kad pengenalan tuh memang serius jugak la, since diorang ni local, but how to prove there're local, if they don't own any identification card?

So, after dah kenyang kitorang pun balik ke hotel. Since Lhad Datu offers you nothing (that time), kitorang just balik and tido since esok kitorang akan bergerak ke Sandakan.



Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Followers