Sabah Road Trip: Day 4 ( Sandakan )

Assalamualaikum.


Setelah berbulan-bulan blog ni xda entry baru, so hari ni aku decide nak continue cerita travel aku ke sabah yang dah tertunggak. Since aku agak busy sebelum ni, so nak menulis blog pun dah xda mood. Sekarang aku dah tak busy so aku decide nak teruskan entry aku. Enjoy it!

14/3/2014 (Jumaat)

So hari keempat di Sabah kitorang bertolak ke Sandakan dari Lahad Datu. Since Lahad Datu ni sangat boring, kitorang memang check out awal. Tapi for those yang nak datang Lahad Datu and nak bermalam kat Lahad Datu aku memang suggest hotel yang kitorang book (boleh refer entry sebelum ni) . Sangat memuaskan. Pagi tuh kitorang breakfast kat hotel ja, since it has been included. Around 7.25 pagi, kitorang check out dari hotel dan bertolak ke Sandakan.

Perjalanan ke Sandakan dari Lahad Datu memakan masa lebih kurang 3 jam. Since hari siang, and kitorang keluar awal, perjalanan ke Sandakan went smoothly. Cuma, bila nak masuk Sandakan tuh, jalan dia tak berapa nak elok skit. Banyak lubang and lori pun banyak. So kena berhati-hati skit.

Around pukul 10 pagi kitorang sampai di Sandakan and terus pergi ke hotel. Tapi memandangkan kitorang sampai agak awal, kitorang xdibenarkan untuk check in. Pada masa yang sama jugak, hujan pun turun di bumi Sandakan. Since kitorang sampai awal, so memang plan langsung tak da. Nasib baik aku ada ambik brochure pasal Sandakan. 

Belek-belek brochure, kitorang decide untuk pergi Agnes Keith House. Agnes Keith House ni tak da la jauh mana pun. So kalau korang datang Sandakan boleh la try datang ke sini. Tiket untuk masuk ke Agnes Keith House ni cuma RM 2/person. So far, aku memang minat rumah Agnes Keith ni. Sebab antique and aku memang sangat suka rumah kayu. Tambahan pula dengan english style, memang menarik sangat.Tapi satu ja yang tak best, korang tak boleh tangkap gambar dalam rumah tuh. Kalau kat luar, dibenarkan. 











Dalam kawasan yang sama jugak ada English Tea House. Lebih kurang macam cafe la, tapi more to english style. Permandangan kat situ pun not bad. Sempat la jugak kitorang ambik 2-3 keping gambar. Since kat sini tak da benda nak buat, kitorang decide untuk terus pergi ke Sepilok which is the main purpose kitorang datang Sandakan.







Tapi untuk ke Sepilok ni, make sure korang datang time feeding time, kalau ta sangatlah rugi. Nanti aku explain kenapa. Before sampai ke Sepilok Orang Utan ni, kitorang terjumpa Rainforest Discovery Center. Aku tak tau nak suggest or tak tempat ni, tapi mostly foreigner yang banyak datang sini since negara diorang mana ada rainforest macam kita kan. Tapi tak salah kalau korang nak pergi menikmati keindahalan ciptaan Allah kan. Tempat dia pun not bad la. 

Entrance fee untuk Rainforest Discovery Center cuma RM 7/person. Before kitorang start berjalan, kitorang pergi lunch dulu. And tempat luch dia dalam hutan. So memang unik disitu. Sambil makan boleh tengok pokok-pokok. Lunch hari tuh aku just makan roti ja, since tak da idea nak makan apa dah. Roti pun boleh tahan la kena RM 7.80.

Dah habis lunch kitorang pun meneruskan perjalanan kitorang kat situ. Kat sini semua laluan adalah melalui kanopi walk yang dibina menggunakan besi. Memang best sangat since korang tak jalan atas tanah, tapi a few hundred meters above the sea level. Buat yang gayat, jangan risau, sebab bagi aku tak ada la tinggi mana pun. Pokok-pokok kat sini pun memang besar2. Since diorang memang jaga untuk pemuliharaan.











Apa yang aku perati, ramai foreigner yang datang sini. Diorang ni datang siap bawak camera canggih2. Kitorang datang bawak kamera phone ja. Orang tempatan ( Malaysia) maybe kitorang ja rasanya. Nampak sangat kita ni dah tak larat nak tengok hutan. Dah puas pusing-pusing hutan, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Sepilok nak pi tengok orang utan.

Macam yang aku cakap tadi, make sure korang datang time feeding. Sebabnya possibilities untuk korang nampak orang utan tuh selain feeding time sangatlah susah. Kalau dapat tengok pun, maybe luck korang la. Even time kitorang pegi hari tuh pun, cuma 2 ekor ja yang ada. Tapi okay la daripada tak dapat tengok langsung. Tiket masuk untuk warganegara Malaysia cuma RM 5/person. 

Kat sini pun yang ramai datang adalah foreigner. Kitorang saja warganegara Malaysia time tuh. Waktu feeding tuh, semua foreigner ni duduk dekat depan sekali sebab nak tengok orang utan tuh, kami plak duduk belakang, sebab dah biasa tengok orang utan. Diorang memang excited habis la dapat tengok orang utan. Yela, diorang bayar mahal kot, so dapat tengok tuh kira berbaloi la kan.






Only in Sandakan, the crocodile giving the direction!
Feeding time kejap ja, start pukul 3 ptg sampai 4 lebih. sesi pagi pun ada, boleh refer kat web diorang. Kat sini jugak ada beruang hitam, tapi pukul 5 dah tutup, so tak sempat nak pegi tengok, sebab sibuk dok beli souvenir. After selesai beli souvenir kitorang terus balik ke hotel. Hotel yang kitorang book ni rasanya hotel baru, since banyak gila problem. Iron tak da, towel tak cukup. So tak suggest tempat ni.

Malam tuh hujan turun dengan lebatnya. And dinner malam tuh, kawan Afiq and Nad yang keja kat Sandakan suggest makan seafood. Makanan dia best. Aku pulak memang prefer seafood. Tapi nak habiskan makanan tuh boleh tahan jugak la, Sengkak jugak la perut. Kitorang makan 5 orang, total RM 100++. Bagi aku tak da la mahal sangat, since mmg banyak menu. Tuh pun siap berehat lagi since tak larat dah nak makan. After dinner, kitorang terus balik ke hotel. Next day, kitorang akan bertolak ke KK.

bersambung... 

No comments:

Post a Comment

Followers