Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part 1 ( Preparation ) - Long post!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku dah menamatkan pengajian master aku pada 25/9/2014 yang lepas. Sekarang cuma tinggal nak konvo dan lapor diri untuk bertugas. Penempatan masih belum diputuskan lagi, so sekarang aku cuma jadi penganggur berjaya.

Entry untuk sabah road trip, terpaksa aku tangguhkan buat seketika since aku nak buat entry pasal Gunung Kinabalu. Sementara masih fresh ni. 

Plan untuk ke Gunung Kinabalu ni sebenarnya unexpected jugak. Sebabnya, dah nak dekat hujung tahun, so aku ingat tak da chance dah la nak pegi since hujung tahun selalunya hujan, which means tak boleh mendaki. Tapi, maybe rezeki aku, kawan Afiq, Nad whatsapp kitorang and tanya sama ada kitorang berminat untuk join pegi mendaki on September. Group kitorang semua 10 orang - Aku, Afiq, Nad, Naufal (Adik aku), 4 org doktor dari Kudat ( Karen, Maya, Fatimah, Sha) and 2 orang cousin aku ( Lina and Ammar ).

Aku pun walaupun tak berapa pasti, terus bagi nama and bank in duit. Harga untuk mendaki dari Timpohon gate ke Summit adalah RM366. Harga ni tak termasuk harga shuttle, guide and porter. So time tuh aku cuma ada approximately lebih kurang 2 bulan untuk practice. Tak sampai pun 2 bulan sebenarnya. Since aku duduk Shah Alam, and tak da geng untuk practice, aku just pegi jogging pagi2 selama 2 bulan (ada jugak skip), panjat tangga 8 tingkat and main badminton (sekali).

Sabah Parks Mount Kinabalu Clinbing Fees

Buat pengetahuan korang, aku ni memang tak fit langsung. Broga pun cuma sampai first peak saja. So, memandangkan aku nak sangat sampai ke summit, aku memang train stamina aku 2 bulan awal. Memandangkan pendakian aku tuh pagi, so aku training jogging pagi2, untuk menyesuaikan diri dengan suhu diwaktu pagi. 

Aku pegi Sabah dengan adik bongsu aku (Naufal) dari KL and plan untuk jumpa Afiq and Nad di KK. So, kitorang book flight Air Asia sebulan awal kalau tak salah aku. Total return flight KL-KK-KL RM280. And plan awal, aku and Naufal akan bertolak dari KL 26/9 (Jumaat) dan balik ke KL on 1/10 (Rabu).

Tiket asal, sebelum terlepas flight

Pada hari yang patut aku and Naufal bertolak dari KL, 26/9 (9.25PM ) tah macam mana aku tersalah tengok time, and aku terlepas flight terakhir ke KK pada hari tuh. Sedih, tak tau nak cakap camna. Bukan sedih sebab kena keluarkan duit, tapi sedih sebab kena tinggal flight. Aku merayu kat kaunter tuh, tapi diorang tak boleh buat apa-apa, since bag kitorang pun dah dikeluarkan. Time tuh aku memang rasa sedih sangat sampai tak tau nak buat apa. So, aku tanya Naufal, apa plan kita sekarang. Dengan selamba adik aku tuh ajak balik.

Tapi aku tetap determine nak pegi KK, since aku dah habis banyak duit untuk trip kali ni. Jadi kitorang pun pegi ke servis kaunter untuk beli tiket baru. Alhamdulillah, walaupun kena bayar RM 400/2person, kitorang dapat first flight ke KK keesokan paginya. Nasib baik la mendaki Kinabalu on 29/9 (Isnin). Memandangkan flight kitorang ke KK jam 6.30am, kitorang pun decide untuk tido ja kat KLIA2.

Pengalaman kena tinggal flight and terpaksa tido kat KLIA 2

So, on 27/9 aku and Naufal selamat tiba di KKIA pada pukul 9.05am (Sabtu). Plan kitorang hari tuh cuma pergi snorkelling di Pulau Mamutik dengan Pulau Sapi dari pukul 12 tgh hari sampai la 4 ptg. Cuaca hari tuh tak bagus sangat since petang asyik hujan. Tapi cuma rintik-rintik ja. So risau jugak nak pi mendaki nanti. Malam tuh kitorang tido dekat Cybercity Apartment. Harga untuk 2 malam RM320.

Snorkelling

At Jesselton Point 

On the boat to Pulau Mamutik

Pulau Mamutik
Pulau Mamutik

Pulau Mamutik
Gambar kat Pulau Sapi tak banyak sebab semua dah letih.

Malam tuh, kitorang pegi tengok wayang cita The Maze Runner. Before pegi tgk, kitorang singgah di Suria Shopping Mall nak beli kelengkapan mendaki dekat Pasaraya Tong's. For those yang merancang untuk mendaki Kinabalu, aku memang suggest sangat tempat ni. Memang one stop center untuk cari kelengkapan mendaki. Harga memang murah, berbanding di KL. 

Memandangkan aku cuma ada satu windbreaker yang nipis ( utk jogging ) aku decide untuk beli satu lagi. Harga memang murah, RM 60 and tebal. Tapi bukan original la, but the quality is good. Kat sini gak aku beli hiking pole harga lebih kurang RM 15. Hiking pole sangat berguna, and kalau korang tak nak beli, boleh ja sewa dekat Timpohon Gate ( subject to availability ) dgn harga RM 10. Kat pasaraya Tong's ni jugak, korang boleh beli head lamp dengan harga RM 12. Aku beli kat Kuantan, RM20 kotttt. Jangan lupa beli bateri extra. Selain tuh, track suit, tuala, glove and long john pun ada jual kat sini. Make sure bawak duit yang cukup ja. 

Hiking pole (adjustable) - Dah patah after masuk kargo

Windbreaker (Tebal)

After dah penat membeli belah, kitorang dinner kat restoran Hang Li Po. Makanan dia sedap, so boleh la try datang sini. Lepas tuh kitorang terus pegi tgk movie, and sepanjang dalam wayang tuh, aku tido sebab letih sangat. Nasib Afiq belanja tiket.hehehehhe

Esoknya, 28/9 kitorang dah janji dengan cousin kitorang, Ammar and Lina untuk jumpa di KK. So, pagi tuh kitorang breakfast kat mamak ja kat KK. Ammar ni datang dengan sorang kawan dia dari Sabah, Nazri. So, after breakfast kitorang ingat nak beli kelengkapan yang belum cukup kat OneB ( One Borneo). Memandangkan Ammar dan Lina tak nak ikot, so kitorang pegi ke OneB and Lina, Ammar dan Nazri terus pergi ke Kundasang.

So, before korang pergi mendaki, make sure korang beli makanan yang cukup. Kitorang beli di KK since Kundasang tak ada banyak choice. Antara snack yang kitorang beli, KitKat Chunky, Nestle Crunch, Ribena Pastilles, Sunsweet Prune, air mineral, 100 plus and redbull tin biru. Tapi ikot korang la nak beli apa, Tapi tak yah la beli makanan berat, sebab korang nak makan time mendaki, nanti takut muntah plak.

Snacks 

Time kat one B ni kitorang singgah watson sebab nad nak beli knee guard. Bagi aku, knee guard ni sangatlah penting time korang nak turun. Aku mula-mula memang xnak beli, sebab mahal. Satu knee guard lebih kurang RM 30. Tapi bila aku pikir2 balik, biar habis duit dari cedera kat atas nanti. So, aku pun beli 2 pasang knee guard. Aku beli jenama 3M, sebab tuh mahal skit. Tapi better beli yang berkualiti, so boleh pakai lama. Kitorang terus lunch kat Nando's lepas tuh, sebab takut susah nak cari makanan kat Kundasang nanti.

3M Futuro knee guard
Lepas dah habis lunch semua, kitorang terus bertolak ke Kundasang and berhenti sekejap kat Pekan Nabalu sebab Naufal nak ambik gambar Gunung Kinabalu. Kitorang bernasib baik, sebab harituh puncak Kinabalu memang jelas kelihatan. Time tuh dah cuak, sebab tak sure dapat sampai ke atas atau tak. Time tuh Naufal pun cakap, " tingginya ". Yeppp, time tuh baru la rasa tinggi. Sebelum ni tak da perasaan apa-apa.Hahahaha

Di Pekan Nabalu
Petang macam tuh kitorang pun sampai dekat TM Resort Kundasang. Memandangkan Lina ni staff TM so kitorang dapat rate satu malam cuma RM150/Bungalow. Malam tuh kitorang tak keluar pegi mana, cuma  packing barang untuk mendaki keesokan harinya. Aku suggest korang bawak 2 bag, satu untuk porter bawak and satu lagi untuk korang letak makanan and minuman sepanjang pendakian ( bawak sendiri ). 

Bag utk porter

Day pack
Next entry aku akan sambung part 2, mendaki Kinabalu.

Okay, kat sini aku akan senaraikan barang-barang yang aku bawak, and estimation perbelanjaan untuk trip aku kali ni.

Budget (1 person )

Tiket flight return KL-KK-KL (termasuk tiket baru) = RM 708 ( termasuk baggage )
Hotel ( KK and kundasang ) = RM 130
Pakej Pulau - 2 pulau = RM 40
Pakej naik Kinabalu = RM 366
Shuttle ( Ke timpohon gate ) = RM 8
Guide = RM 30
Porter = RM 60
Sijil = RM 10

Windbreaker = RM 60
Hiking pole = RM 15
Woolen glove(daiso) = RM 5
Raincoat (2helai-daiso) = RM 10
Waterproof glove = free (afiq belanja)
Scarf = free (afiq belanja)
Stokin ( 2pasang-woolen and tebal) = RM 40
Kasut hiking = RM 260
Long john ( uniqlo - baju and tight ) = RM 100
Long john ( going places - baju ) RM 30
Track suit = RM 15
Head Lamp = RM 20
Knee guard - 2helai = RM 60
Aquatabs = RM 25
Miscellaneous ( makan + ubat + souvenir ) = RM 200 (approximately)

Total = RM 2,192

Kasut hiking - Adidas Kanadia 6 Trw ( Recommended )

Long John/ tight - Left ( Going Places ) right (Uniqlo)

Woolen sock

Woolen glove (Daiso)

Waterproof glove

Normal socks

Scarf 
Head lamp

Battery extra

Lightweight windbreaker (Uniqlo)

Ni kira approximately ja. Sebab aku terlepas flight, so cost bertambah kat situ almost RM 400. Korang bley cut cost kalau beli tiket awal. And since aku bukan pegi untuk mendaki ja, so cost ke pulau pun termasuk sekali. Tapi roughly aku rasa untuk mendaki saja, maybe around RM 2000.

Apa yang aku bawak time mendaki + porter 

Mendaki hari pertama :-

Inner - 1 helai
Baju lengan pendek - 1 helai
Tudung - 1 helai
Track suit - 1 helai
Kasut hiking - 1 pasang (Boleh bawak extra, tapi aku bawak satu ni ja)
Hiking pole - 1

Day pack :- 

Rain coat - 1 helai
Windbreaker (Light weight) - 1 helai
Snacks - ribena pastille, nestle crunchy, kit kat chunky, 100 plus, mineral water, bekal dari SSL (Sutera Sanctuary Lodge) 
Handphone - 2
Ubat - Tiger balm, minyak cap kapak, panadol, aquatabs
Woolen glove - 1 helai
Knee guard - 2 helai

Semua barang diatas adalah waktu aku mendaki (dipakai dan dibawak sendiri). And make sure barang dalam day pack tuh dimasukkan dalam plastic bag, takut basah bila hujan.

Barang untuk dibawa oleh porter :-


Track suit - 2 helai
Baju - 2 helai
Long john - 2 helai
Tight - 1 helai
Tudung - 1 helai
Underwear - 2 set
Scarf - 1 helai
Waterproof glove - 1 helai
Windbreaker (tebal) - 1 helai
Stokin - 3 pasang
Selipar - 1 pasang
Tuala (microfiber) - 1 helai
Toiletries
Bateri dan head lamp
Power bank
Charger
Ubat-ubatan
Makanan dan minuman ringan

Make sure barang yang untuk dibawa oleh porter pun dimasukkan dalam plastic bag. Make sure always bawak extra clothes, incase hujan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Followers