Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu - Part 4 ( Low's Peak to Timpohon Gate )

Assalamualaikum.

Okay, seperti yang aku janjikan aku akan sambung entry sebelum ni. Last entry boleh rujuk kat sini..

Since kitorang sampai dekat Low's Peak pun dah lewat dan time tuh semua pendaki dah turun. Yang tinggal cuma group kitorang ( kecuali kak Fatimah dan Maya since diorang pun dah turun ) dengan 2 couple cina. Kitorang memang tak lepaskan peluang untuk bergambar kat Low's peak, since time ni memang tak da orang, so tak perlu la nak berebut kan.

Lebih kurang pukul 730 pagi, kabus dah mula menutupi jalan untuk turun. Time ni gelabah jugak, takut tak sempat nak turun and takut tak nampak jalan. Time ni En. Abdul dan Ivnur dah suruh kitorang turun. So, perjalanan turun memang laju, since tak perlu mendaki kan. Cuma kena berhati-hati sebab curam.



Beautiful sunrise!
Pastikan kasut korang ada grip yang kuat, and kasut hiking sangat berguna. Sebab dia ada grip. Time nak turun ni, En. Abdul dan Ivnur memang langsung tak guna tali. Sebenarnya guna tali agak susah, since tali tuh berat. tapi untuk keselamatan, better guna. Tapi ada certain-certain tempat tak guna pun tak pa.

Time kitorang turun ni, memang mostly puncak Kinabalu dah ditutupi dengan kabus, tapi still boleh turun. Time tengah turun ni, En. Abdul datang kat aku and tanya keadaan kaki aku. Time ni, memang kaki mengeletar habis, sebab perjalanan turun agak curam. Pastikan kasut yang korang pakai tak terlalu ketat dan terlalu longgar. 

Sebelum sampai sayat-sayat hut, hujan mula turun, tapi tak lebat cuma rintik-rintik. Tapi En. Abdul mengarahkan kitorang untuk turun cepat, takut hujan lebat. Kalau hujan lebat, memang bahaya, and aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana nak turun kalau hujan lebat. Licin satu hal, air plak macam air terjun.

Sedikit info, korang kena sampai Lagadan Hut or hostel korang before pukul 1030 pagi, sebab check out pukul 1030 pagi. Kalau check out lambat, nanti kena extra charge. Kalau tak salah aku, 120/hour. Since kitorang lambat, kak Fatimah and Maya yang tolong check out dan angkat barang. Breakfast pun diorang tolong ambikkan siap-siap sebab diorang akan tutup restaurant kat laban rata pukul 10 pagi. Kalau bley tapaukan sekali kat guide korang.

Sampai kat satu tempat ni, laluan sangat curam so, aku decide untuk turun secara duduk instead berdiri. Tapi En. Abdul tak bagi aku buat macam tuh, takut seluar koyak. Hahahaa. Tapi Nad bley plak, maybe sebab dia pakai adidas kampung. Adidas kampung ni antara kasut yang aku recommend jugak, since mostly potter and guide pakai kasut ni. Grip memang terbaik, tapi make sure pakai stokin tebal and biasakan dulu. Kalau tak, takut nanti kaki melecet. Harga cuma RM 8. Yepp memang murah gila, sampai mat saleh pun terkejut bila Nad bagitau kasut dia 8 ringgit ja.

Sampai kat sayat-sayat hut, macam biasa kena tunjuk tag nama kat pengawal hut. Dan perjalanan turun selepas tuh cuma melalui tangga. Tapi serius seksa gila, since time tuh lutut aku dah sakit. So aku tak boleh nak jalan laju, tambahan pulak melalui tangga. Hiking pole memang sangat berguna okay. Perjalanan turun nak sampai Gunting Lagadan rasa macam setahun sebab dah sakit kan. Hahahaa

Since kaki and lutut aku dah sakit, aku terpaksa turun secara duduk bila kat tangga. Ini untuk mengelakkan kaki aku bertambah sakit, mengenangkan perjalanan 6km ke Timpohon Gate. So, aku tak nak ambik risiko. Around pukul 1030 pagi, aku sampai kat Gunting Ladagan Hut. Sementara tunggu yang lain dan guide kitorang, aku bersarapan dulu kat Laban Rata. Time ni, Laban rata ada la 2-3 orang, sebab yang lain dah turun.






Lebih kurang pukul 11 pg macam tuh, semua orang dah sampai termasuk guide kitorang. Kitorang sebenarnya lupa nak tapau untuk guide, so cuma ada satu ja lebih. Time tuh rasa bersalah plak. huhuhu.. Tapi Sya bermurah hati, and bagi breakfast dia kat guide kitorang. Aku time ni dah pelahap aku punya breakfast.huhuhu

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kitorang mula turun dari Laban Rata and kitorang among the last group yang turun. Laban rata pun dah kosong kot time tuh. Disebabkan lutut kiri aku sakit time turun dari Summit, aku decide untuk pakai knee guard kat lutut sebelah kiri. Satu lagi knee guard Afiq pakai.

Perjalanan turun didahului oleh Naufal, Ammar, Lina, Aku, Afiq dan Nad. Manakala Kak Fatimah, Karen, Maya dan Sha berada di belakang bersama-sama guide kitorang. Knee guard sangat membantu time nak turun. Time turun, aku join sekali dengan Afiq and Nad, since Ammar, Lina dan Naufal dah jauh kedepan.

Time turun ni, aku, Afiq dan Nad singgah kat Pondok Paka, and jumpa 2 orang pendaki yang tengah berehat. First time aku tengok diorang ni, aku rasa macam aku penah tengok diorang sebelum ni. Lepas sembang-sembang, barulah tau. Diorang ni penah muncul di kaca tv sebab diorang ni berjalan sepanjang Borneo (Walking Borneo). Time tuh diorang baru ja sampai dari Tawau kalau tak salah aku. And diorang ni jalan kaki ja kot. Korang boleh pegi fb page diorang ang bagi sokongan. Diorang ni menggelarkan diri diorang Nomadic Lion.

Di KM 5 
Time turun aku memang laju, sebab nak cepat sampai and takut gelap, so kat KM 2.5, aku decide untuk meneruskan perjalanan dan meninggalkan Nad dan Afiq. Sepanjang perjalanan turun ni jugak, kitorang dapat jumpa pendaki yang baru nak naik ke Laban Rata dan sempat la bagi semangat kat diorang. Nasib sampai summit, kalau tak kecewa gak la. Hahahaha.

So, dari KM 2.5 aku memang berjalan sorang and time tuh dah lewat petang. Risau pun ada jugak since aku sorang2 dalam hutan and hari dah nak hampir gelap. Disebabkan risau, aku jalan selaju mungkin sampai la kat KM 1.5 aku jumpa Ammar and Lina tengah berehat. Rasa lega sikit bila jumpa diorang. So perjalanan seterusnya, lebih relaks dan santai, tapi aku still slow.

Bila sampai KM 0.5 serius seksa gila, sebab rasa Timpohon Gate sangat jauh. Bak kata orang so near, yet so far. Alhamdulillah around 530 ptg aku, Ammar dan Lina sampai di Timpohon gate. Macam biasa kena tunjuk tag nama kat pengawal. After sampai, Lina dan Ammar decide untu balik ke Kinabalu Park dulu sementara aku tunggu di timpohon gate sebab nak tunggu Nad dan Afiq.

Lebih kurang pukul 6 ptg lebih Nad dan Afiq sampai. And kitorang terus ke Kinabalu park, untuk solat dan makan. Make sure sapa sampai awal kat Kinabalu parks, tapaukan makanan, kalau tak, burn ja kupon makanan. Sijil pun kena ambik before pukul 6 dengan bayaran RM10/person. Selepas selesai solat maghrib di Kinabalu Parks, baru la Karen, Maya, Sha dan kak Fatimah sampai bersama-sama guide kitorang. Selepas membuat bayaran dan ambik bag, kitorang mengucapkan selamat tinggal kepada guide kitorang dan jugak geng dari Kudat. It was unforgettable experience!

Time ni dah gelap, and kabus sangat tebal. Mula-mula kitorang decide untuk tidur di Likas, tapi memandangkan kabus yang sangat tebal, kitorang batalkan hasrat tersebut dan menginap di TM Resort Kundasang. Malam tuh, badan tak da rasa apa2 lagi, tapi keesokkan harinya, rasa macam tak boleh nak jalan since sakit satu badan. Nasib Lina tolong urutkan. Keesokkan harinya jugak, time kitorang bangun untuk solat subuh, kitorang dapat tengok pendaki2 yang mendaki ke summit dari TM Resort. Time ni, rasa macam nak naik balik kot. After dah siap2 kemas, kitorang bertolak ke KK dan pulang ke KL.

So far, ni la benda paling extreme aku penah buat and it worth every penny. Mula-mula rasa tak confident, menyesal semua ada. Tapi once dah turun, rasa nak naik balik. InsyaAllah, one day.


Indeed. Physical alone is not enough!

" We grow fearless by doing those thing we fear " 
- The Secret Letters of The Monk Who Sold His Ferrari







No comments:

Post a Comment

Followers