Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part 2 ( Pendakian Hari Pertama - Timpohon Gate to Gunting Lagadan Hut )



Assalamualaikum.

Sambungan dari part 1....

Since kitorang dah packing malam sebelumnya, so pagi 29/9 tuh tak da la kelam kabut. Instead aku pun memang suggest packing sehari sebelum, at least tak kelam kabut, and tak ada barang yang tertinggal. Since kitorang naik kereta Nad, so barang yang tak diperlukan kitorang tinggal dalam kereta ja. Tapi, based on my reading kat blog-blog lain, korang bley ja sewa locker kat Kinabalu park untuk simpan barang2 yang korang tak bawak naik atas. Kalau boleh, bawak seminima mungkin, sebab makin banyak korang bawak, makin mahal la kena bayar kat porter. Aku share satu bag dengan Naufal, so total 6kg.

Itinerary
Mula-mula Naufal nak bawa sendiri barang dia, since dia cuma bawa 1 bag ja. Tapi aku ni risau, takut tiba2 dia tak larat time mendaki, so aku suggest kitorang share bag. 6 kg tuh memang berat kalau untuk pakaian saja. Tapi since kitorang bawak snacks, and Naufal ni pandai sangat pegi beli Red Bull dalam botol, so memang agak berat jugak la. Harga untuk 1 kg sebenarnya RM 8, tapi since kitorang sampai agak lewat time turun dari summit, porter kitorang ambik tips skit, 1 kg RM10. Tapi aku tak kisah pun sebab kalau nak harap aku bawak naik turun barang tuh, memang jawabnya tak la.

Pagi tuh kitorang bangun awal and breakfast dekat TM resort ja. Breakfast pagi tuh cuma roti dengan tuna. Aku mampu jamah sekeping ja, sebab tak lalu nak makan. Cuak sebenarnya. Around pukul 6 pagi macam tuh kitorang bertolak dari TM resort ke Kinabalu park. Perjalanan ke Kinabalu park ni tak jauh mana pun, and kitorang sampai kat Kinabalu park before pukul 630 pagi. Yepp, memang awal, sebab perancangan awal, kitorang nak jumpa another gang (4 org doktor) kat sini. Tiket masuk ke Kinabalu park cuma RM 3/person.


Admission ticket
Sebenarnya time kitorang pegi, adalah permulaan hujan di Sabah. So the best time untuk pegi adalah bulan February, March & April. October hingga January, sangat tak digalakkan sebab hujan lebat. Other than that is acceptable.

Untuk sesiapa yang nak mendaki Kinabalu, semua kena register dekat Kinabalu park. Tak kira la korang ikot Timpohon or Mesilau. Tunggu punya tunggu, lebih kurang kul 730 pagi baru la another gang tuh sampai. And time tuh perasaan takut pun dah beransur hilang, tapi lebih kepada excited nak mendaki. Before mendaki, porter akan timbang bag untuk dibawak naik ke atas. Korang juga akan diberi tag nama, dan mesti dipakai sepanjang pendakian. Based on my observation, mostly yang ambik porter ni, orang Malaysia. Kalau foreigner, diorang angkat sendiri bag diorang. Memang respect la kat diorang. Even dah berumur pun, still bawak sendiri bag diorang.

Before korang dibawa ke Timpohon Gate, diorang bekalkan makanan untuk lunch. Pendakian mungkin mengambil masa antara 3 hingga 8 jam untuk sampai ke Laban rata, so makanan sangat2 la diperlukan. Kitorang dibekalkan dengan sebiji apple, 1 botol air mineral dan sandwiches. Naufal and Ammar, time ni dah makan lunch diorang sebab lapar sangat. Since aku ni jenis style tak boleh makan before doing sport activities, aku just bawak as bekal kat atas nanti.

Selepas selesai membedak lunch untuk semua orang, kitorang menaiki van untuk ke Timpohon Gate. Bagi sesiapa yang mendaki melalui Mesilau, diorang akan dibawa ke Kundasang. Timpohon and Mesilau ni ada pros and cons. Timpohon distance dia 6 km to Laban rata, manakala Mesilau 8 km to Laban rata. Kalau melalui Timpohon, first 500 m, track menurun dan another 5.5 km semua mendaki. Manakala, Mesilau pulak lebih relax since track dia ada mendaki and ada yang menurun. And ramai yang cakap, kalau ikut Mesilau, permandangan lagi cantik, tetapi lebih sunyi jika dibandingkan dengan Timpohon. Selain itu, kalau lalu Mesilau, harga dia mahal sikit dari Timpohon. Tapi semua ni based on your choice. Ramai yang memilih Timpohon disebabkan jarak yang lebih pendek berbanding Mesilau. 

Mt Kinabalu Trail

So after sampai di Timpohon Gate, kitorang mula berkenalan dengan guide kitorang yang juga merupakan porter kitorang. Since group kitorang terdiri daripada 10 orang, so ada 2 orang guide yang akan ikot sepanjang pendakian dan turun dari Gunung Kinabalu. Nama guide kitorang, Ivnur Sondig and En.Abdul Hasinin. Ivnur ni baru berusia 25 tahun, manakala En Abdul ni berusia 42 tahun, tapi still fit. Sebelum memulakan pendakian, En Abdul  memberi sedikit penerangan dan nasihat. Aku masih ingat apa yang dikatakan oleh En Abdul, " Keselamatan adalah no 1 dan sampai ke atas adalah no 2 ". Memamg betul, matlamat utama adalah untuk sampai ke atas, tapi korang kena ingat, keselamatan adalah yang paling utama.

Selesai taklimat, Naufal mengetuai bacaan doa sebelum memulakan pendakian. And before start, setiap pendaki wajib mempamerkan tag nama yang dipakai kepada penjaga gate. Di Timpohon gate ni jugak korang boleh beli snacks and menyewa hiking pole. Tepat jam 8.30 pagi kitorang memulakan pendakian. Before mendaki, aku makan altitude sickness tablet, sebagai langkah berjaga-jaga. Tips yang paling penting untuk mendaki gunung Kinabalu, start early. 500 m pertama sangatlah mudah, since track adalah menurun. Sepanjang 500 m pertama korang akan jumpa Carson water fall, dan track landai.

Name tag ( Ejaan nama aku salah )

Name tag
Before mendaki ( Kanan sekali, Nazri. Baju hijau kat belakang tuh guide kitorang, Ivnur)
Carson water fall
Selepas saja 500m, track semuanya mendaki. Yupp!! Mendaki. Track landai maybe 2,3 kali saja korang akan jumpa. Selebihnya, mendaki. Setiap 500 m akan ada papan tanda jarak perjalanan yang korang dah lalui. Seriously, nak jumpa 500 m pun rasa lama kottt. Sampai saja di 1 km, aku memang dah out of energy, since cuma makan sekeping roti. Time ni, memang aku terus bantai bekal lunch aku sebab memang dah lapar sangat, sampai tak da energy. Time ni, Naufal, kak Fatimah, Lina dan Ammar dah berada di depan.

Since aku dah lapar, aku berenti dekat pondok pertama, Kandis Shelter. Sedikit info, sepanjang pendakian ke Laban Rata, korang akan jumpa 6 pondok untuk berhenti rehat. Kat sini ada toilet, dan air gunung (tak dirawat). So korang tak perlu risau kalau nak pergi toilet or air korang habis. Kalau tak confident nak ambik air gunung tuh, korang boleh beli aquatabs (water purification tablet) and masukkan dalam air before minum. Diingatkan, jangan minum terlampau banyak, since korang tak biasa, takut nanti sakit perut pulak (nasihat dari en abdul) . And another tips, jangan rehat lama sangat, takut nanti lagi letih.

Pondok Kandis ( sumber: google )
After dah pelahap lunch aku, kitorang kembali mendaki. Another tips, kalau boleh tak payah gerak in large group, 2 orang pun dah okay, since setiap orang stamina tak sama. Since stamina aku memang tak berapa bagus, aku memang jauh ditinggalkan. Time ni, Naufal, Afiq, Lina, Ammar, Kak Fatimah dan Sha dah jauh ke depan. Tinggal la aku dan Nad di Kandis shelter. Karen dan Maya pulak berada jauh dibelakang kami. Time ni, Ivnur ada dengan aku and Nad, manakala En Abdul pulak ada dengan Karen dan Maya.

Untuk sampai ke km 2 sangat menyeksakan. Sedikit info, first 2 km track agak curam, 2km hingga 4km tak begitu curam, dan 2 km terakhir kembali curam. Aku time ni dah hampir give up, and dalam kepala dok pikir pasaipa la aku pi buat keja gila ni. Time ni la aku mula rasa mengantuk yang amat sangat effect dari pengambilan altitude sickness tablet. Mengantuk tahap yang tak boleh nak buka mata, sampai aku rasa nak baring. Sepanjang perjalanan dari KM 1 sampai KM 2 aku dok mengadu kat Nad, kata mengantuk. And time ni dalam fikiran aku cuma nak sampai Laban Rata cepat. Tapi lepas tuh aku menyesal, sebab stamina aku terus down and aku banyak berhenti sebab dah tak larat tambah mengantuk. Sepanjang pendakian aku memang tak snap gambar langsung, sebab dah tak da mood dan keletihan.

Disebabkan aku banyak mengadu asyik mengantuk, Ivnur yang follow aku ngan Nad, pun petik daun yang ada dalam hutan and bagi kat aku suruh bau. Menurut Ivnur, daun tuh dapat menghilangkan rasa mengantuk dan rasa nak muntah, and yes it works! Di KM 1.5 korang akan jumpa Pondok Ubah. Disini pun, aku dan Nad berhenti rehat sebab aku dah terlampau penat. After dah okay skit aku dan Nad meneruskan pendakian dan berhenti di Pondok Lowii. Time ni aku dah out of energy and rasa nak give up. Sebabnya, aku jalan laju and thus cepat penat. After Pondok Lowii , aku start mendaki secara slow tapi consistent. Ternyata, cara ni lagi senang. Sepanjang perjalanan jugak, ramai guide yang bagi nasihat, supaya jangan rushing, instead biar slow tapi consistent.

Pondok Ubah ( Sumber: google )

Pondok Lowii ( sumber: google )

Selepas KM 2 aku dah dapat rentak aku, so pendakian jadi semakin mudah. Sepanjang perjalanan ke Laban Rata ni jugak aku sempat la bersembang dengan guide kitorg, Ivnur. Menurut Ivnur, dia dah buat kerja ni semenjak dia umur 22 tahun. Beban pertama yang dia bawak time first jadi porter cuma 4 kg. Hari tuh dia bawak around 20 kg ++ (5 bag). Memang respect la. Tapi at the same time kesian pun ada. Gaji mereka adalah mengikut hari. Turun dan naik (1 trip ), dapat around RM 120. Beban paling berat dia penah bawak adalah 82 kg, bawak orang. Yepp, porter ni bukan bawak bag saja, tapi orang sekali. Tapi harga lain. RM 400/km. Yang paling aku respect Ivnur ni, sepanjang pendakian dengan kitorang, dia memang relax ja, even bawak beban 20 kg ++. And dia just makan carrot mentah. Tapi diorang ni dah biasa. Bak  kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Sebenarnya aku kesian juga kat Ivnur ni sebab dia follow kitorang dari belakang, and aku tau dia sebenarnya can do better than us (aku and Nad). Tapi sebagai potter dan guide, itu tugas dia. Yang bagusnya bila ada porter ikot korang ni, korang boleh tanya distance to each check point. Tak da la korang tertanya-tanya bila nak sampai next check point.

After KM 3 kitorang berenti kat Pondok Mempening. Kat sini, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, so aku dan Nad terpaksa berhenti lama kat sini hingga hujan reda. Ikotkan boleh ja nak teruskan pendakian, tapi since aku bawak satu ja kasut, aku xnak la kasut aku tuh basah lencun. Lama jugk la kitorang berenti kat sini, and sempat la bersembang dengan geng penjara dari sandakan. The best part bila mendaki ni, kita boleh kenal ramai orang. Yang aku perasan la, mat saleh yang paling banyak tegur . Tak kira la yang baru nak naik or yang dah turun. Tapi ada ja orang malaysia yang tegur and siap bagi tips lagi. Sebenarnya, nak mendaki Kinabalu ni, physical memang kena fit, tapi at the same time kita kena ready mentally jugak. Sebab kalau mental down, memang tak guna jugak.

Pondok Mempening ( sumber: google )
Selepas hujan dah reda sikit, aku dan Nad meneruskan perjalanan, tapi kitorang pakai raincoat, sebab hujan masih turun renyai-renyai. Sekali lagi di KM 4 kitorang berhenti dia layang-layang hut untuk menjamah lunch yang kitorang bawak. Time aku sampai sini, Ivnur dah sampai lama. Kat sini jugak tempat pertembungan antara pendaki yang melalui Timpohon dan Mesilau. So, memang ramai orang. Sempat jugak kitorang berbual dengan 2 orang Australian yang baru pertama kali datang ke Sabah. Diorang ni dah nak turun, and sempat la bagi kata-kata semangat kat kitorang.

Layang - layang hut( sumber: google )
Dah habis berbual, kitorang meneruskan perjalanan ke KM 5. Time ni suhu semakin rendah dan keadaan menjadi semakin sejuk. Since aku lupa nak bawak waterproof glove aku dalam day pack, terpaksa la aku mengharungi kesejukan tuh. Track dari KM 4 ke KM 5 jugak semakin mencabar. Ivnur memang ada di belakang kitorang sepanjang pendakian dari KM 4 ke KM 5. Time ni aku penat sangat, and tiba-tiba ada sorang guide ni datang sebelah aku and asyik bersembang ngan aku sampai la ke Pondok Villosa (KM 5). Aku mula-mula geram jugak, sebab aku tengah penat, and dia asyik nak bersembang ngan aku. Tapi sebenarnya bagus jugak, at least korang tak da dok pikir pasal distance korang.

Sampai ja di Pondok Villosa, hujan turun renyai-renyai. Since kitorang sampai agak lambat, kawasan tuh dah ditutupi dengan kabus. So, tak dapat nak tangkap gambar 360 kat situ. Kitorang pun berenti rehat agak lama kat sini, since hujan. After dah kurang skit, aku dan Nad meneruskan perjalanan ke KM 6 (Laban Rata).
Pondok Villosa ( sumber: google )

Track after 5km ( sumber: google )
Sempat bergambar di KM 5 (Pondok Villosa)
Since hujan macam tak nak berenti ja time tuh, aku and Nad decide untuk meneruskan perjalanan dalam hujan. Tapi hujan renyai-renyai ja la. Ivnur pun meneruskan perjalanan bersama kitorang. And sepanjang perjalanan aku perasan, mostly guide/porter bawak payung. Pendaki ja yang guna raincoat. And guna payung sangatlah senang aku rasa berbanding pakai raincoat. And kalau boleh jangan beli raincoat yang nipis nanti senang terkoyak. Aku beli kat daiso, RM 5 tapi alhamdulillah tahan sampai aku turun.

Sebelum sampai ke Laban Rata, kitorang berhenti di pondok terakhir, Pondok Paka. Distance dari pondok paka ke Laban Rata cuma 550 m saja. Selepas tuh, kitorang meneruskan pendakian. And time mendaki tuh, aku tercari-cari sign 5.5 km. Namun pencarian aku mengecewakan kerana tiada sign 5.5 km. Mula-mula aku rasa geram sebab rasa sangat jauh untuk sampai KM 5.5. Untuk memuaskan hati aku, aku pun tanya Ivnur, sama ada Laban Rata jauh lagi atau tak. Lega bila Ivnur cakap tinggal 250 m saja lagi. Rupa-rupanya, sign 5.5 km memang tak da. Cuma Pondok Paka tuh sebagai indication. 100 m terakhir sangat menyiksakan, namun Ivnur menyakinkan kitorang yang Laban Rata dah dekat.

Pondok Paka ( sumber: google )
Before jumpa Laban Rata, korang akan jumpa dengan Waras Hut. Bila nampak Waras Hut, terus rasa lega, sebab tau dah Laban Rata semakin dekat. Time tuh plak Ivnur cakap dgn aku yang bag2 cuma sampai Laban Rata, which means kitorang kena angkut sendiri bag untuk ke hostel kitorang di Gunting Lagadan Hut, few hundred meters from Laban Rata. Around jam 3.30 ptg aku dan Nad tiba di Laban Rata. Penat masih tak hilang, dah suhu semakin rendah. Time ni, Afiq, Naufal, Lina, Ammar, Kak Fatimah and Sha dah sampai dan terus ke Gunting Lagadan Hut.

Waras Hut ( sumber: google )
Since dinner dihidangkan pada pukul 4.30 ptg hingga pukul 7 mlm, aku dan Nad decide untuk melepak ja kat Laban Rata. Since Nad belum solat, dia solat ja di Laban Rata. And kat Laban Rata ni tak da surau, so kena pandai2 cari port untuk solat. Time ni En. Abdul, Maya dan Karen belum sampai. Disebabkan keletihan, aku terus duduk, dan ternyata tindakan aku tuh salah. Aku terus rasa pening dan nak muntah. Takes time jugak la nak kembali normal.

Laban Rata Resthouse ( sumber: google )

Cafe Laban Rata
Dalam pukul 4 lebih diorang semua turun ke Laban Rata, and time tuh jugak Karen, Maya dan En Abdul sampai. Buat pengetahuan korang, dekat Laban Rata saja yang ada water heater and bilik heated, tempat lain semua tak da. So, kitorang memang lepak kat Laban Rata agak lama. Lebih kurang sampai pukul 6 ptg.

Di Laban Rata

Di Laban Rata
Jam 4.30 ptg, dinner was served. Makanan dia sedap, and halal. Selesai makan, kitorang teruskan pendakian untuk ke Gunting Lagadan Hut. Time ni memang dah sejuk sangat. Sejuk dia sampai tahap kalau korang tak pakai kasut and jalan atas lantai kayu pun, sejuk sampai ke tulang. Since kitorang semua 10 orang, kitorang dapat 2 bilik which is sharing basis. 1 bilik memuatkan 8 orang dan satu lagi memuatkan 4 orang. Katil semua double decker, and lelaki perempuan tak diasingkan.

Gunting Lagadan Hut ( sumber: google )

Gunting Lagadan Hut ( sumber: google )

Gunting Lagadan Hut ( sumber: google )
Before tido aku tak mandi, cuma basahkan rambut ja. Tapi nak basahkan rambut pun sempat menjerit dulu dalam toilet bila kena air yang sejuk macam air ais. Baju untuk mendaki ke summit pun kitorang pakai siap2 since tak nak buang masa pagi esok. Pendakian esok pagi adalah pada pukul 2.30 pagi. Disebabkan aku ni tak tahan sejuk, aku pakai 5 lapis baju ( 2 long john + t-shirt + lightweight windbreaker + thick windbreaker ) 2 lapis seluar (track + tight) and scarf. Tido pun pakai tudung, glove and stokin tebal.

Sebelum tido, aku telan panadol dgn altitude sickness tablet untuk bagi mengantuk, tapi sia-sia ja. Sebab langsung tak boleh tido, sebab terlampau sejuk, walaupun selimut yang dibekalkan sangat tebal. Sejuk sampai tido dalam keadaan statik, sebab kalau bergerak sikit pun , dah sejuk sampai ke tulang.

Kat sini aku share sikit gambar trail mendaki kitorang melalui Timpohon. Sumber gambar semuanya dari Lina dan Afiq.







Next entry, pendakian ke Summit!

Bersambung...

2 comments:

  1. Salam.boleh tau u guna kasut apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.I guna adidas kanadia 6 trw

      Delete

Followers