Sabah road trip : Day 2 ( Bohey Dulang - Pekan Semporna )

Assalamualaikum

Sebenarnya the main purpose kitorang buat trip ni nak pergi Pulau Bohey Dulang. Tak penah dengar? Hah! Aku dulu pun xpenah dengar, sampai la aku tengok kawan aku sorang ni pergi. Even orang tempatan pun tak ramai yang tau pasal pulau ni. Kalau Mabul, Sipadan tuh boleh kata mostly known la kan. Sebenarnya tak banyak package untuk ke pulau Bohey Dulang ni. So memang agak susah nak cari orang yang boleh bawak. 

Cari punya cari akhirnya Afiq dapat satu package ni. Harga dia RM 450/person. Serius memang mahal. Dia cover boat return dari jeti ke bohey dulang. Makan tengah hari and snorkeling trip termasuk snorkeling gear. Mula-mula kitorang memang ingat nak ambik dah package ni sebab dah xda choice lain. Memandangkan Nad ada kawan-kawan yang tinggal kat Sabah ni, especially area Semporna, dia pun try la tanya kot2 ada package yang lagi murah.

Tuah menyebelahi kami kali ni bila Nad dapat contact number orang tempatan (Semporna) yang boleh bawak kami pergi sana. Korang rasa berapa dia charge? RM 400/3person. Yep! Murah kot. Tapi xda makan tengah hari la. Tapi okay la. Memang agak berbaloi. Nama tour guide yang kami ambik ni Amir.

12/3/2014 ( Rabu )

So pagi tuh kitorang bangun awal sebab dah janji dengan Amir nak pegi pagi takut nanti panas. Kitorang keluar dari hotel pukul 8.00 pagi and pegi cari sarapan. Kitorang just makan dekat kedai yang ada kat sekeliling hotel. Memandangkan kereta Nad dah teruk setelah 9 jam perjalanan semalam, kitorang decide untuk hantar car wash. Car wash tak da jauh mana pun, belakang kedai tempat kami bersarapan.

Total sarapan untuk hari kedua ni cuma RM 3 untuk satu keping roti kosong dan milo suam. Kalau datang Sabah makanan memang mahal. So jangan terkejut. Selesai makan kitorang terus pergi ambik kereta Nad tadi. Charge yang dikenakan cuma RM 6. Kitorang memang terkejut jugak la. Ingatkan mahal.



Sekitar pekan Semporna

Sekitar pekan Semporna

Sekitar pekan Semporna

Sekitar pekan Semporna

Lepas tuh kami straight ke jeti untuk jumpa Amir. Dia janji nak jumpa dekat Giant yang berada tak jauh mana pun dari jeti. Lepas jumpa Amir, dia terus bawak kitorang pergi ke jeti. Dekat Semporna ni sebenarnya ada 2 jeti. Satu jeti umum, dimana kat sini la tempat orang tempatan ulang alik. Satu lagi jeti untuk pelancong. Tapi aku xsure. 

Memandangkan kitorang ambik orang tempatan, so Amir suruh kitorang tunggu dekat jeti umum sementara dia ambik boat. Jeti ni memang crowded kot. Kat sini korang bley tengok kehidupan masyarakat tempatan yang sumber pendapatan mereka mostly di lautan. Kalau korang bernasib baik korang bley tgk orang bajau laut yang naik ke darat.

Jeti umum Semporna

Jeti umum Semporna

Jeti umum Semporna

Nad cuba mendekati orang tempatan. hahahhaha

Jeti umum Semporna

Jeti umum Semporna

Jeti umum Semporna

Hasil tangkapan
Tepat pukul 9.10 pagi kitorang bertolak dari jeti umum Semporna menuju ke Pulu Bohey Dulang. Sedikit info, Pulau ni merupakan antara pulau-pulau yang terdapat dalam Tun Sakaran Marine Park. Kat sini korang tak boleh bermalam macam kat Mabul. Just boleh datang balik hari ja. Pulau ni boleh dikatakan tak tercemar langsung. Kalau korang nak kesini korang kena ada surat kebenaran. Kalau tak da, tak boleh masuk. Tapi jangan risau, Amir dah settlekan semua.

Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sepanjang perjalanan korang boleh tengok pemandangan yang sangat best. Air laut memang jernih sangat-sangat. Nak cakap pun tak tau macam mana sebab rasa kagum. Sepanjang perjalanan jugak korang akan jumpa dengan bajau laut yang hidup dalam sampan and rumah-rumah yang dibina di atas air. Kadang- kadang rasa kagum jugak macam mana la diorang ni boleh terpikir nak hidup macam tuh and bina rumah atas air.

Tour guide junior, Haizam

Tourism Centre

Permandangan sepanjang perjalanan

Bohey Dulang

Bohey Dulang


Bohey Dulang

Around pukul 10 kitorang sampai dekat pulau Bohey Dulang. Since kitorang pegi weekdays, memang xda orang. Yang ada cuma polis. Mula2 macam risau jugak sebab kitorang semua perempuan tapi since ada polis, lega skit. Sampai ja kat Bohey Dulang, permandangan memang xbley digambarkan dengan kata-kata.hahahha. tapi ni serius. air sangat jernih sampai korang bley nampak coral yang ada kat dasar laut kot. So, after jalan-jalan kejap kat jeti kitorang pun menuju ke tempat pendaftaran.

Yang kaler macam lumut tuh semua coral okay!

Yes that's how the water look like. Crystal clear!


Nad dengan additional tour guide

Jeti Bohey Dulang




Tapak sulaiman

Tapak sulaiman & gamat

Antara spesis yang terdapat disini (pemuliharaan)

The map






Trek (Permulaan)

Macam yang dah aku gtau sebelum ni, untuk masuk ke pulau bohey dulang, korang kena ada surat kebenaran. Lepas dah serahkan surat kebenaran, and tulis nama pelawat kitorang di beri sedikit briefing. Untuk naik ke atas, kitorang ada guide (Sapri)  yang memang duduk kat pulau tuh plus Amir yang akan naik sekali. so total 5 orang.

Before naik, Sapri bagi sedikit briefing and info pasal trek yang akan kitorang guna. Sebenarnya Bohey Dulang ni tak da trek. Trek baru ja siap around sebulan macam tuh. So, kitorang agak bertuah sebab time kitorang datang dah ada trek. Selain itu, Sapri pun ingatkan kitorang supaya jangan buang sampah merata-rata dan seelok-eloknya sampah yang ada kita bawak balik sekali. See, mcm mana diorang jaga betul-betul pulau ni. No wonder pulau ni sangat cantik.

Sedikit info before hiking, ketinggian puncak Bohey Dulang ni tak da la tingi mana. Cuma 300 meter dari aras laut. Manakala trek untuk mendaki lebih kurang 600 meter. Bunyi macam senang ja kan, tapi for those yang stamina tak berapa nak bagus macam aku, memang sure pancit punya la.

Lebih kurang pukul 10 lebih kitorang memulakan pendakian dengan Sapri berada di hadapan, diikuti oleh aku sendiri, Nad, Afiq dan Amir. First 100 meter memang dah mencabar gila. Trek dia sangat curam. Time ni aku masih steady sampai la 200 meter. Bila sampai ja 200 meter diorang berhenti rehat, and time ni aku dah off balance. Nak berdiri pun macam dah tak mampu. And once aku berhenti, memang aku dah susah nak catch up balik.

So kitorang rehat sekejap sebab aku dah tak bley nak teruskan. Time tuh rasa nak give up pun ada. Nak berdiri memang dah tak mampu, siap nak muntah bagai. Nasib baik ada Nad and Afiq. Aku rasa kalau aku sorang memang totally give up. Bila aku dah rasa macam okay skit, kitorang teruskan pendakian and baru 250 meter aku dah tak boleh berdiri and terpaksa duduk.

Time ni aku dah nak menangis dah. Rasa macam dah tak mampu, and muka memang dah pucat habis dah. Nad and Afiq la yang bagi moral support untuk teruskan. So, kitorang teruskan jugak, tapi every 50 meter memang akan berhenti sebab aku tak larat. Sampai la jarak 500 meter, Sapri cakap the next trek landai. So aku gagahkan jugak and tak berenti sampai la ke puncak.

Once sampai ke puncak aku memang dah tak da feeling nak tengok permandangan sebab dah letih sangat. Time hiking ada 3 ekor anjing yang follow kitorang. Sampai ja kat atas diorang terus baring. See, diorang pun letih, bukan aku sorang ja. After dah rehat kejap, baru la aku bangun and tengok permandangan dari atas. Seriously, penat lelah berbaloi bila boleh tengok permandangan dari atas puncak Bohey Dulang.

Time ni aku dah pancit. hahahahha

Trek




















Bukan setakat aku yang penat, anjing pun penat kot

After dah puas tangkap gambar kitorang pun turun balik. Of course perjalanan turun memang senang and tak memakan masa yang lama. Around pukul 11.50 pagi kitorang dah sampai ke bawah. Time tuh kitorang dah penat so mood untuk snorkeling pun dah tak da. Kitorang just rendam kaki ja.

Tapi time tuh rasa rugi plak kalau tak snorkeling. So aku decide untuk snorkeling tanpa memikirkan kedalaman tempat aku nak snorkel tuh. Aku bajet cetek ja la. Sekali dalam gila. Maybe around 3 meter ++. Tapi serius berbaloi. Pemandangan dasar laut yang tak dapat aku nak ceritakan kat sini. coral sangat cantik. Kalau orang pernah snorkel dekat Sapi (Kota Kinabalu) kat sini lagi cantik. Air jernih and tak da pencemaran langsung.

Tuh jugak first time aku snorkel dekat tempat yang dalam (air biru pekat). Perasaan risau and tak confident tuh memang ada, tapi experience yang aku dapat tuh memang priceless. Once dan confident skit, memang dah tak rasa apa-apa.




Around 1.28 petang kitorang bertolak dari pulau Bohey Dulang untuk ke pekan Semporna dan dalam pukul 2.00 petang kitorang dah sampai kat jeti umum Semporna. Lepas dah bayar duit dekat Amir kitorang straight ke hotel untuk mandi and bersiap untuk makan tengah hari.

Petang tuh kitorang tak da any plan, so kitorang just pusing-pusing pekan semporna since ada pasar sampai petang. Kat sini jugak korang bley tengok life style diorang. Makanan diorang. Kadang-kadang pelik gila makanan diorang. Pekan dia tak berapa nak bersih sangat, but it's okay. That's how they live. Sempat jugak kitorang berbual dengan orang tempatan time beli souvenir.

Diorang ada la cerita pasal kaum yang ada kat sini. Macam bajau laut and diorang punya perayaan. Pada pendapat aku la, bila korang pegi travel, sometimes korang kena berbual dengan orang tempatan, to know better about their culture and other stuff. Overall, pengalaman kat Semporna memang sangat menarik.

Kitorang jugak sempat ke dragon inn. Kat sini chalet dia dibina dia atas air. Memang sangat menarik. Kalau ada bajet lebih korang boleh try bermalam kat sini. Malam tuh kitorang tak pegi dinner pun since kitorang lunch pun dah lewat sangat. So, kitorang just straight balik ke hotel untuk rehat, sebab memang dah penat gila. Badan aku pun dah sakit time tuh. Malam tuh memang tidur tak lena langsung sebab sakit badan. Hahahaha..


Bersambung....







9 comments:

  1. Subahanallah... tak terkata aku bila tengok gambar2 korang di Pualu Bohey Dulang ni.. perghhh memang best giler.. jealous yang teramat.. insyallah niat satu hari nanti akan menjejakan kaki ke sana juga .. thanks for sharing good info.. price dari 450 seorang ke 400 untuk 3 orang memang terbaik sngat kot.. Salam Kenal.. :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang pun xsangka dapat pegi jugak akhirnya. Memang price sangat berbaloi. Jangan lupa pegi nanti. Kalau nak contact Amir pun boley. :) salam perkenalan jugak :)

      Delete
  2. Ya Allah cantik sangat! mmg teringin nak pergi. ada tk contact number Amir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang cantik. ni no contact amir. 0128066107

      Delete
  3. Thank u. Nnt nak contact amir tu

    ReplyDelete
  4. salam, ada number amir kah ? nak survey juga ?

    ReplyDelete
  5. Transport servis..nk pakej pun ada..
    https://m.facebook.com/cuticutimabul

    ReplyDelete

Followers