Miri Trip: Part 1 ( Brunei )

Assalamualaikum.

As been promised before, here I'm writing my travelogue. Hahaha..xda la travelogue sangat, since travel dalam Malaysia ja.

Since Trip untuk Krabi terpaksa aku cancel last minute, so aku pun decide nak pegi jumpa twin( afiq ) aku kat Miri. Afiq ni keja kat sana as dental officer. And dia yang plan trip ni since kalau nak tunggu aku yang plan mmg tak la kan. Tuh la first time aku menjejak kaki kat Miri. Even dulu time kecik2 penah pegi Sarawak, tapi Miri xpenah sampai lagi.

Aku beli tiket flight Air Asia time tengah promo. Tapi even promo pun still mahal lagi. Since aku ada simpan duit time nak pegi Krabi tuh, dapat la aku beli tiket promo Air Asia yang xberapa nak murah tuh.

Tiket saja dah dekat RM 200 sekali dengan sky bus sebab aku bertolak dari Shah Alam. And since aku ambik hot seat so, ada extra charge. Perjalanan dari KL ke miri ambik masa lebih kurang 2 jam 15 minit. 

Malam sebelum aku nak bertolak ke Miri tuh, tetiba plak aku demam. Disebabkan xnak sakit time travel, which is the worst thing, aku pun minum la 1.5 liter 100 plus. Yes, botol besar tuh. Siap makan panadol and pakai cool fever. Tapi esok tuh still demam aku xkebah, but aku still decide nak pegi Miri jugak.



28 March 2013 (Khamis)




So, 28 March aku bertolak dari KL ke Miri. Flight aku pukul 11.40 pagi and touch down dekat Airport Miri pukul 1.55 petang. 15 minit awal. Time tuh aku still demam. So, lepas Afiq datang ambik aku, kitorang straight pegi klinik tempat dia keja untuk buat check up. Lepas check up, baru la tau, aku kena infection, itulah pasal aku demam and xnak sembuh. So, doktor tuh just bagi antibiotil untuk infection. 

Memandangkan Miri ni xda apa2 sangat, so first day tuh mmg xda pegi mana just melawat klinik tempat Afiq keja. Malam tuh kitorang(aku, afiq n nad) pegi makan seafood. Tak ingat nama tempat tuh. N tuh first time aku makan midin. Penah tak dengar. Midin ni ala2 pucuk paku la, cuma xda banyak daun macam pucuk paku yang jual kat semenanjung ni. Hahahaha.. Lepas makan, mmg xda aktiviti apa2, terus balik rumah. Sebab esok nak pegi Brunei plak.

29 March 2013 (Jumaat)

Esok tuh kitorang bertolak pegi Brunei. Semuanya tiga kereta kot. Aku pun xingat. Okay nak masuk brunei ni kalo bawak kereta sendiri, 2 benda kena prepare. First tinted kereta and second minyak. Kalo kereta korang mmg tinted yang xnampak apa2 tuh, bersiap sedialah. either xlepas border or diorang bukak tinted tuh. kalo xlepas border okay lagi la, tapi kalo dah kena bukak tinted tuh, mau menangis jugak la. Second, minyak kereta make sure full untuk pegi dan balik. 

Menurut kata Afiq, kalau naik kereta bukan no plate Brunei, korang mmg xda chance nak isi minyak kat sana. Sebab, kat Brunei harga minyak murah dari Malaysia. So, diorang memang xbenarkan orang luar isi minyak dekat negara diorang. So perjalanan dari Miri ke Bandar Seri Begawan ambik masa lebih kurang 3 jam. And sepanjang perjalanan memang boring tahap dewa. Sebab Brunei ni xda apa2.



And since kitorang pegi hari Jumaat, banyak la orang Brunei ni masuk Miri. Sebab menurut Afiq, hari Jumaat kedai tutup kat Brunei. So, diorang masuk la Miri. Nak masuk Brunei korang kena sediakan  $10 BND lebih kurang RM 27. So kat sana kitorang just jalan2 and singgah masjid Sultan Omar Ali Saifuddin untuk solat. And for those yang tak tau, masjid ni kubah utama dia dibuat dari pure gold. Belakang masjid ni ada sungai. So boleh la tangkap2 gambar skit. 







Lepas tuh mmg xda pegi mana2 sebab boring terlampau kitorang pun balik. Sampai pun nak dekat Maghrib and time ni border mmg sesak sebab banyak orang brunei nak masuk Miri. 

Malam tuh Afiq bawak kitorang pegi makan steamboat dengan housemate and kawan2 satu tempat kerja dia. Kalau korang datang Miri, mmg macam xsanggup jugak la nak pegi makan kat luar sebab bersepah anjing. Tapi tuh benda biasa kat Miri. Jangan risau, tempat kitorang makan tuh halal and harga dia pun not bad la. RM 23++. 

Apa yang best, makan kat situ, boleh makan unlinited. Korang makan ja la apa yang korang nak makan. Tapi make sure habis, sebab kalo xabis kena bayar. Kiranya macam ganti rugi. So, ambik skit2 dulu, and jangan risau tak habis kot. Banyak. Satu lagi yang best, kambing pun unlimited and seafood termasuk ketam. Memang berbaloi-baloi. Dessert plak, ada ais krim and ais kacang. Ais kacang tuh self service. Tapi xleh nak suggest nama kedai tuh sebab aku tak ingat nama kedai tuh. Hahaha.. 





So, itu ja la aktiviti hari kedua aku kat Miri. Next day kitorang pegi Borneo rainforest. Yang tuh aku cerita kat next entry.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Followers