Miri Trip : Part 2 ( Borneo Tropical Rainforest - Luak Bay Esplanade )

Assalamualaikum

30 March 2013 ( Sabtu )

So next day kitorang pegi Borneo Tropical Rainforest. Kalau korang nak datang sini, make sure bawak sport attire. Fee untuk masuk sini RM 70 depend korang ambik pakej mana. Since kitorang ambik pakej yang xda breakfast, fees dia cuma RM 70. Kalo korang nak ambik breakfast harga dia lain pulak. Time nak masuk pun depend on pakej yang korang ambik. Kitorang masuk lebih kurang pukul 9. 





Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh klik sini. 


Pakej yang kitorang ambik ni ada 2 option. Satu aktiviti yang boleh kita join free of charge, and satu lagi optional activity. Aktiviti yang free of charge tuh dari A1-A6. Alang2 dah bayar RM 70 korang join ja semua. And optional activity tuh korang boleh pilih satu ja dari B1-B9 for free. Tapi kalau nak buat lebih dari satu, korang kena charge RM10 per activity. And kalau korang xjoin resort tour, korang ada pilihan satu activity for free. Tapi aku rasa resort tour tuh kena join. Sebab korang akan dibawak pusing satu resort tuh.

So, first aktiviti kitorang resort tour. Diorang akan bawak kita naik macam train la, pusing resort tour. Make sure bawak air, sebab sangat2 penat sebab before naik train tuh korang kena jalan dulu sampai jumpa waterfall. Kat sini ada canopy walk, and perjalanan dia best jugak sebab dalam hutan.












Dalam resort tour ni korang akan pegi kolam ikan macam kat atas ni naik bot and time ni diorang akan bagi makan kat ikan tuh. After dah habis resort tour diorang akan hantar balik ke office diorang and lepas tuh korang boleh pegi makan lunch. Lunch dia secara buffet, makan la apa korang nak makan. And makanan diorang mmg xdinafikan sangat sedap kecuali itik. Aku xmakan itik, tapi gatai ambik sebab nampak sedap, tapi last2 xmakan pun.



Lepas dah habis makan, korang boleh la pegi buat activity yang optional tadi tuh. Ikot korang la nak pegi mana. Aku, afiq and Nad cadang nak pegi naik kayak. Tapi malangnya hujan lebat, so terpaksa tunggu sampai hujan reda. Tapi tak reda2, so kitorang decide xnak naik kayak since time tuh pun dah lewat and kitorang cadang nak pegi mandi. Btw, kat sini, the main attraction dia adalah waterpark. Apa yang special, waterpark dia dalam hutan. Memang best. 

So, disebabkan kekecewaan xdapat naik kayak, kitorang pegi mandi kat waterpark yang memang tidak mengecewakan. After dah puas mandi, memandangkan ada masa lagi time tuh, kitorang cadang pegi main Big Swing. Aku memenag rekemen activiti ni. Memang best. Sampai tak sempat ambik gambar. Tapi korang bley tgk video kat youtube. 





So, lepas dah puas mandi and buat aktiviti, kitorang pegi solat and lepas tuh ada snack. Time ni memang dah penat. Makanan dia pun okay, not bad.





Lebih kurang pukul 6 ptg kitorang balik ke rumah. Malam tuh kitorang dinner kat luar and balik tido. 

31 March 2013 (Ahad)

Since hari ni last day kitorang kat Miri, Afiq juast bawak round2 Miri  and cari souvenir. Before balik kitorang singgah Luak Bay esplanade. Kat sini pun xda benda sangat, just kalau nak buat picnic ok la, sebab xda orang mandi pun.

Punya la ralik kat Luak Bay tuh, aku sampai airport memang tepat2 time boarding. Memang dah macam Amazing Race. Sekali tgk delay la pulak. Tapi selamat la tak terlepas flight. hahahha..

So, for those yang nak datang Miri, boleh la try. Tapi Miri ni mostly aktiviti yang korang bley buat adalah hiking. 2 tempat korang bley hiking, Lambir Hills and Gua Niah. Tapi kitorang tak pegi sebab xsempat. Maybe next time.

Bye.

No comments:

Post a Comment

Followers