Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Part 3 ( Pendakian Hari Kedua - Laban Rata to Low's Peak )



Assalamualaikum

Sambungan dari part 2...

Hari ke-2 ni kitorang akan memulakan pendakian pada pukul 2.30 pagi, dan En Abdul dah ingatkan pada kitorang untuk berkumpul di gate dalam pukul 2.20 pagi. 

Pagi tuh aku bangun awal, sebab tak boleh tido. Instead, memang semua orang dalam bilik tuh tak boleh tido. Just tido-tido ayam ja. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku bangun sebab rasa nak termuntah. Time ni mental memang kena kuat. Rasa nak give up tuh memang ada, tapi Nad bagi moral support. Yang penting korang jangan pikir sangat pasal benda tuh.

Selepas berus gigi, kitorang terus bersiap sedia untuk pendakian hari kedua ni. Breakfast yang disediakan di Laban Rata, Kak Fatimah dah tapau siap2. So kitorang tak perlu la berulang alik ke Laban Rata lagi. Time ni, hall di Gunting Lagadan memang dipenuhi orang yang dah bersiap sedia untuk mendaki. Sarapan aku pagi tuh cuma sekeping roti keras ( sebab dah sejuk ) dengan jam bluebery. Tuh ja yang mampu masuk dalam perut aku time tuh.

Di Gunting Lagadan Hut before pendakian ke Summit!
Untuk pendakian hari kedua ni, kami dikehendaki memakai head lamp sebab keadaan gelap. Pendakian hari kedua tidak digalakkan membawa hiking pole, since pendakian banyak menggunakan tali. Namun, En Abdul membenarkan kitorang untuk membawa hiking pole sehingga ke sayat-sayat hut. Ini kerana, hiking pole memang sangat berguna dan membantu pendaki sebelum sampai ke sayat-sayat hut.

Sebelum memulakan perjalanan, geng penjara sandakan mengetuai bacaan doa. Dan lebih kurang pukul 2.20 pagi kitorang berkumpul di depan gate. Time ni, kami merupakan kumpulan pertama yang akan berlepas. Tips berguna, sentiasa start awal, tapi diingatkan, gate hanya dibuka pada pukul 2.30 pagi. Pendakian hari kedua ni pun, kalau boleh bawak makanan, incase lapar. Raincoat jgn lupa. Sebelum memulakan pendakian, En Abdul sekali lagi mengingatkan tentang keselamatan semasa pendakian. Seperti biasa, keselamatan diberi keutamaan. Incase hujan lebat, pendakian tidak dapat diteruskan, dan pendaki harus turun. Jangan nak tunjuk berani, sebab kalau hujan lebat, memang scary kot kat atas.

Pemandangan laluan ke kemuncak Gunung Kinabalu pada 6 Oktober 2014. Para pendaki tidak dibenarkan meneruskan pendakian atas sebab-sebab keselamatan. ( Sumber : FB Sabah Parks )
Perjalanan ke saya-sayat hut lebih kurang 1 km, dan another 1.7 km ke Low's Peak. Total distance untuk hari kedua ni 2.7 km. Diingatkan, setiap pendaki kena sampai ke sayat-sayat hut before pukul 5 pagi. Kalau tak, pendakian tidak boleh diteruskan since ditutupi kabus. Time ni aku rasa sangat risau, takut tak dapat sampai before pukul 5. Even cuma 1 km, tapi disebabkan faktor cuaca, dan muka bumi, pendakian akan terbatas. Namun En. Abdul meyakinkan yang kitorang sempat sampai before pukul 5 pagi. Disebabkan kitorang stay di Gunting Lagadan Hut, so distance ke sayat-sayat cuma 800 meter berbanding pendaki yang menginap di Laban Rata. Gate pun cuma di belakang Gunting Lagadan Hut. Untuk pendakian hari ke dua ni, aku tak ambik altitude sickness, instead aku bawak minyak cap kapak.

Tepat pukul 2.30 pagi, kitorang memulakan pendakian kesemua 10 orang termasuk 2 orang guide. Pendakian hari ke 2 ni banyak mendaki tangga, so hiking pole sangat berguna. Pendakian hari ke-2 ni sangat sukar bagi aku since faktor cuaca yang sejuk. 5 lapis baju masih tak dapat mengurangkan rasa sejuk tuh. Aku pada mulanya memakai scarf untuk menutup bahagian hidung dan mulut, tapi ternyata kaedah tersebut menyukaran aku untuk bernafas. Another tips yang aku dapat dari Nad, bernafaslah sekuat hati korang. Biar la orang nak cakap apa pun. And another thing, sedut melalui hidung, dan hembus melalui mulut. Menurut Afiq cara ni dapat mengurangkan altitude sickness. 

Berapa ratus meter before sampai sayat-sayat, En Abdul mengarahkan kitorang untuk simpan hiking pole. So, aku suggest korang beli hiking pole yang adjustable. So boleh pendekkan dan masukkan dalam bag. And alhamdulillah kitorang sampai di Sayat-sayat before pukul 5. Time tuh gelap lagi. Disini, kitorang harus mempamerkan tag nama sebagai bukti kitorang telah sampai ke sayat-sayat. Time ni, Afiq, Naufal, Kak Fatimah, Sya, Lina, Ammar dan Aku dah sampai bersama dengan Ivnur dan En. Abdul. So, kitorang berehat sebentar sementara menunggu Maya, Nad dan Karen.

Sayat - Sayat Hut : Permandangan dari atas ( Sumber : Google )
Sayat - Sayat Hut ( Sumber : Google )
Time ni pulak aku sakit perut. And tandas terletak berapa meter before sampai ke sayat-sayat. Disebabkan itu merupakan toilet terakhir yang akan aku jumpa, aku tanpa berfikir panjang, turun dan berpatah balik. Air tak payah cakap, sejuk gila baq hang! Selepas menunaikan hajat, aku kembali ke Sayat-Sayat, dan mendapati semua geng aku dah meneruskan pendakian. Yang tinggal, cuma Nad dan Ivnur (Aku tak sure En Abdul ada ka tak time ni )

Selepas Sayat-sayat, pendakian memang mencabar, sebab banyak guna tali. Kekuatan tangan sangat penting. Grip tali tuh kuat-kuat, sebab korang akan lalu satu part yang mana kiri korang gunung, kanan pulak gaung. Time naik, memang tak nampak apa. Time turun, baru la nampak. Ingat, slow and steady. Kalau ada orang nak potong, bagi ja. Even ada tali, tak semua tempat mesti meggunakan tali. Since korang boleh berjalan, tapi still kena hati-hati. Kalau penat, boleh berhenti rehat. Time mendaki, korang akan nampak, guide/porter langsung tak guna tali, sebab diorang dah pro, and kasut diorang ada grip yang sangat bagus.

Sampai kat satu port ni, aku berhenti rehat dengan Nad. Time ni, Nad duduk betul2 sebelah tali, dan time ni jugak ada seorang pendaki terjatuh ke atas Nad dan aku. Time tuh, serius gelabah, sebab takut slip jatuh. Alhamdulillah, nothing happens. After dah rehat, aku dan Nad meneruskan perjalanan. And sampai satu part ni, aku dah jauh meninggalkan Nad, dan kadang2 terjumpa dengan Afiq dan Ammar. Tapi diorang ni laju gak. 

Time mendaki ni jugak, aku ternampak south's peak. Aku ingat nak dekat dah la, tapi Ivnur cakap kat aku jauh lagi. Buat pengetahuan korang, south's peak ni korang bley jumpa kat duit seringgit lama, dan tuh bukan puncak tertinggi. Aku kecewa jugak time tuh, tapi tetap meneruskan perjalanan. Tengah dok jalan tuh, aku jumpa Afiq tgh duduk. Aku pun tanya la sama ada dia okay ka tak. Time tuh dia dah mentally down, and diserang altitude sickness. Time tuh jugak dia cakap yang dia tak nak meneruskan perjalanan ke summit. Namun aku meyakinkan dia yang Low's Peak semakin dekat, dan suruh dia berehat kalau penat. Aku pun bagi la minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa pening. Selepas tuh aku pun meneruskan pendakian ke KM 8.

Before sampai KM 8 yang memang dah tak jauh mana, aku berhenti rehat, sebab dah terlampau penat. Time tuh ada sorang pendaki yang melalui kawasan aku berehat, so aku pun mengambil peluang untuk bertanya keadaan Afiq. Mana la tau kot-kot dia terserempak, Time tuh jugak aku nampak Afiq dan Nad di belakang, dimana Afiq di tarik oleh seorang guide dan Nad menggunakan hiking pole. 

Diorang meneruskan pendakian ke KM 8 dan tinggal la aku keseorangan. Aku sebenarnya dah give up bila nampak KM 8 dan bercadang untuk berhenti selepas KM 8. Namun Ammar memberi semangat di KM 8 untuk aku meneruskan perjalanan. Time ni aku tak sure sama ada aku merupakan orang terakhir atau Karen. Di KM 8 aku berehat senbentar bersama Ammar, dan time ni dah cerah. Selepas tuh Ammar meneruskan perjalanan dan tinggal la aku keseorang di situ.

Di KM8 ( Muka give up ) - Berlatar belakang south's peak
Time ni Afiq dan Nad dah dihadapan aku bersama Ammar. Manakala yang lain kecuali aku dan Karen, dah sampai ke puncak. Selepas KM 8 aku dah out of energy dan banyak berehat. Perjalanan ke Low's peak cuma 700 m, tapi sangat menyiksakan bagi aku. And aku memang dah pikir untuk berhenti. Diingatkan, korang kena sampai ke puncak before pukul 730 pagi untuk mengelakkan kabus. Tapi aku gagahkan jugak untuk meneruskan perjalanan, dan time ni Low's peak dah jelas kelihatan. Tapi sebab aku dah out of energy aku berhenti rehat.

Kali ni aku berenti rehat agak lama. Sebab aku dah hampir give up. Memang dah tak cukup nafas. Tengah aku berehat tuh, tetiba ada orang datang dari belakang aku. Rupanya En. Abdul. Dia bertanya kat aku sama ada aku ingin meneruskan ke puncak atau tak. Aku dengan yakin menjawab, nak. So, En. Abdul terus menarik tangan aku menyuruh aku berdiri and cakap kat aku, " Kalau nak, kena cepat sikit, sebab kena sampai atas before pukul 730 pagi ".

Tapi time ni aku memang tak berdaya sangat. So, En Abdul memang tarik aku, dan aku terpaksa la ikot dalam keadaan penat tuh. Nak cakap bertapa penatnya aku time tuh, sampai head lamp pun aku tak mampu nak cabut, instead En. Abdul yang tolong cabut dan masukkan dalam bag aku. En. Abdul ni pulak jalan laju gila, sampai aku tak sempat bernafas. So, bila aku rasa tak larat, aku suruh dia berenti. Disebabkan dia nampak aku macam dah out of energy dan aku mengadu pada dia, tangan aku rasa macam beku, dia terus tarik tangan aku sampai ke siku supaya dia dapat grip aku untuk berjalan. Time ni la aku perasan, En Abdul ni cuma pakai jaket biasa ja, and tak pakai glove langsung. Memang respect!

Sampai dekat bawah Low's Peak aku dah dapat balik energy aku untuk mendaki since puncak pun dah jelas kelihatan. Mendaki ke Low's peak memang mencabar. Time ni la kerjasama diperlukan. Since aku ni pendek, nak mendaki agak susah, so ramai yang tolong. Contohnya macam gang penjara Sandakan yang tolong tarik aku ke atas. Selain tuh moral support dari pendaki yang lain jugak banyak membantu. Ada sorang mat saleh ni, time aku tengah mendaki, dia siap cakap, " Just a few more metres, and you will be rewarded ".

Alhamdulillah around 7 lebih aku selamat tiba di Low's Peak, dan time tuh cuma gang kitorang saja yang ada. Pendaki yang lain kebanyakannya dah turun. Time ni jugak aku nampak Karen yang dibantu oleh Ivnur tengah mendaki ke atas. Seriously, guide kitorang memang best. Aku rasa, kalau En. Abdul tuh tak tarik aku ke atas, memang sampai KM 8 ja la jawabnya. Time ni Kak Fatimah dan Maya dah turun ke bawah. Sampai ja di puncak, penat lelah hilang terus bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Time tuh jugak tak sangka yang aku boleh sampai ke puncak. Alhamdulillah.

So, mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak solat kat atas kan. Ada 3 cara. 1st korang ambil wudhuk siap-siap before mendaki, ke-2 bawak air mineral kat atas, ke-3 ambil wudhuk di lopak-lopak air. Andai kata korang guna cara pertama, dan wudhuk korang terbatal kat atas tuh, korang kena ambil wuduk semula, tapi part nak basuh kaki tuh, korang boleh menyapu air diatas kasut. Tapi syarat utama, kena ambil wuduk dan wuduk korang terbatal. Korang boleh google, khuf untuk maklumat lanjut. Benda ni korang boleh refer orang lebih alim, since aku pun tau daripada adik lelaki aku. Kiblat, korang boleh berpandukan matahari, gps or kompas solat. Since kat atas sana tak berapa level, so korang boleh solat secara duduk.

Time kitorang kat atas tuh, suhu dikatakan mencecah 10 degree. Serius, sangat sejuk. Sampai bibir korang rasa nak beku. Aku nak cakap pun susah, rasa macam baru lepas kena inject ubat kebas. Buat pengetahuan korang jugak, kalau sejuk sangat, boleh berais kat atas tuh. Kalau boleh minum air banyak untuk mengelakkan hydration. Aku memang kurang minum sepanjang pendakian ke summit, and tekak aku sakit sangat sebab kering. Time turun baru nak minum.

Keadaan di puncak pada 14-15 october 2014 ( Sumber : FB Sabah Parks )

Keadaan di puncak pada 14-15 october 2014 ( Sumber : FB Sabah Parks )
Next entry aku akan sambung perjalanan turun dari summit ke Timpohon gate. For now, enjoy the pictures!







Kiri: En Abdul (Jaket Merah), Ivnur (Stokin Hijau)






En. Abdul, Karen dan Ivnur
Pendakian ke Low's Peak

Next entry aku akan post lagi gambar, since time turun memang tak da snap gambar..huhuhu

Bersambung...


2 comments:

  1. salam..nak tanya solat subuh mcmmana ek? sbb sy akan kesana dalam x lama lagi

    ReplyDelete
  2. wasalam. boleh solat kat atas. boleh ambil wuduk siap2 before mendaki ke summit, ataupun bawak air mineral. satu lagi boleh jugak ambik wudhuk dekat lopak air. kiblat pulak boleh refer matahari atau tgk kompas kiblat. :) selamat mendaki!

    ReplyDelete

Followers